2 Juruterbang hawk 108 meninggal dunia

0
109
views

2 Juruterbang hawk 108 meninggal dunia :  Innalillahi wa inna illaihirojiun dan salam takziah kepada keluarga juruterbang hawk 108. Tahukah anda pada hari ini telah terjadinya satu kemalangan udara yang melibatkan 2 nyawa hilang?

Saya secara peribadinya baru mengetahui berita ini apabila baca berita online sebentar tadi selepas berbuka puasa. Walaupun kejadian berlaku pada siang hari ini dalam jam 11.30 tengah hari tadi.

Memetik daripada laporan akhbar mengatakan bahawa pesawat pejuang hawk 108 tudm telah hilang dari radar pada jam 11.15 pagi tadi dan gerakan mencari dan menyelamat telah digerakkan untuk mengesan pesawat tersebut.

Pesawat juang tersebut sedang membuat latihan penerbangan daripada Sabah dan dijangkakan akan mendarat di Kuantan. Sebaik tiba

Pada jam lebih kurang 2.30 p.m pihak penyelamat telah menjumpai mayat kedua-dua mangsa siap dengan memakai payung terjun. Jarak mayat kedua-duanya adalah 20 meter dari satu mayat ke satu mayat.

Menurut laporan media yang dibuat oleh pihak tudm mengatakan kedua-dua pegawai mereka tersebut sempat menarik kerusi anjal setelah pesawat tersebut mula hilang kawalan. Dan tambah mereka, mangsa nahas merupakan pegawai berpengalaman.

Juruterbang hawk 108

2 juruterbang hawk 108 maut
Gambar 2 juruterbang hawk 108 – Gambar Astro Awani

Juruterbang yang terkorban dikenali sebagai Mejar Mohd Hasri Zahari, berumur 31 tahun. Allahyarham berasal daripada kuala lumpur. Allahyarham Mejar Asri meninggalkan seorang isteri dan seorang anak.

Seorang lagi dikenali sebagai Mejar Yazmi Mohamed Yusof, berumur 39 tahun. Merupakan bapa kepada 6 orang anak.  Mejar Yazmi telah berkhidmat di TUDM selama 19 tahun.

Saya secara individu mencemburui pemergian kedua-dua wira negara ini. Mereka pergi di dalam bulan yang baik. Allahu rabbi bukan sahaja bulan yang baik tetapi mati dalam menjalankan tugas.

Semoga mereka mendapat tempat seperti perjuang-perjuang islam yang lain. Semoga Allah membalas jasa wira negara ini dengan ganjaran yang besar kerana mereka sanggup bergadai nyawa berlatih dan membuat pelbagai persiapan untuk bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan di hari-hari akan datang.

Dan saya juga secara peribadi mengucapkan ucapakan takziah kepada keluarga kedua-dua wira negara ini dan juga kepada semua warga TUDM.

Kepada orang awam pula cukuplah membuat sebarang penipuan dan menyebarkan maklumat yang tidak shahih seperti tadi yang mana mengatakan bahawa bangkai pesawat telah dijumpai sedangkan hakikatnya belum lagi.

Sumber : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dua-juruterbang-pesawat-tudm-hawk-108-disahkan-meninggal-dunia-146315

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge