5 forum yang paling aktif di malaysia

3
240
views

Kali ini aku nak kongsikan kepada korang semua berkaitan dengan 5 forum yang paling aktif di malaysia atau boleh dikatakan forum paling popular di malaysia .

Aku rasa korang semua pasti pernah singgah di antara forum-forum yang bakal aku kongsikan ! Berikut merupakan forum paling aktif dan popular di malaysia !

Forum paling aktif di malaysia
sumber : join.unitylottery.co.uk

http://cari.com.my/

Kalau mengikut kepada ranking alexa maka forum ini berada ranking nombor satu paling popular berbanding forum berikutnya . Forum ini unik disebabkan menggunakan 3 bahasa berbeza iaitu Melayu , cina dan juga english .

Forum ini bagi aku sangat aktif , kalau korang join jadi member untuk forum ini korang akan dapat lihat setiap jam pasti ada sahaja thread yang di buka . Bagi aku forum ini paling selesa dari segi penampilan dan mesra pengguna !

https://forum.lowyat.net/

Lowyat pula berada di ranking 2 forum paling aktif bagi aku ! Lowyat ini bagi aku lebih threadnya kepada teknologi seperti phone , komputer dan sebagainya !

Yang hebatnya lowyat bagi aku dia ada keahlian berdaftar seramai 752,734 . Ramai bukan ? Jadi kalau korang minat untuk sembang santai berkaitan dengan teknologi bolehlah bergabung di lowyat

http://carigold.com/

Carigold berada di ranking 3 forum paling aktif bagi aku ! Disini korang boleh menikmati selok belok perniagaan internet . Korang tanya je apa yang ingin korang tanya pasti ada jawapan yang dapat merungkai atau memberi sedikit gambaran kepada persoalan yang ditanyakan

http://wangcyber.com/

Wang cyber juga seperti carigold , berkaitan dengan perniagaan atas talian . Tetapi wangcyber lebih kepada kejayaan seorang blogger dalam mencipta duit melalui internet ( sumber : top5anything )

http://halaqah.net/v10/

Halaqah aku letak , sebagai pilihan forum paling aktif kelima aku ! Forum ini berkaitan dengan agama islam dari segi ibadah , feqah , aqidah dan macam-macam lagi .

Kalau korang ada persoalan yang berkaitan dengan agama bolehlah ajukan di sana untuk dapatkan pencerahan andai pencerahan tidak sampai ke tahap yang anda inginkan bolehlah jumpa ustaz di luar .

#Sebenarnya banyak lagi forum yang popular dan aktif tetapi 5 pilihan di atas merupakan pilihan peribadi tidak ada kena mengena yang hidup mahupun yang sudah pergi .

 

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge