5 video games paling gempak dan ramai orang malaysia main

5
104
views

Kalau anda kaki video games , sedang mencari antara video games paling popular di malaysia ini aku sediakan sedikit gambaran game-game paling gempak di malaysia aku rasa . Penulisan ini berdasarkan sudut pandang aku sendiri tidak daripada list-list yang dikeluarkan .

Mungkin ada antara game yang aku tulis ini korang rasa tidak layak berada dalam 5 video games paling gempak dan ramai orang malaysia main tapi apa aku peduli sebab bagi aku game tersebut layak . Haha jangan marah ha ….

GAME PALING TOP DI MALAYSIA

#5 BATTLEFIELD 

Battlefield merupakan sebuah game multiplayer dan juga boleh untuk solo , untuk game ini aku letakkan di no 5 sebabnya tidak terlalu ramai orang malaysia main .

Kelemahan battlefield bagi aku satu je iaitu untuk memuat turunya kena bayar . Yang lain gempak terbaik dan mantap . Untuk dapatkannya hanya dengan harga RM56.00  ( Download di Steam )

Gameplay dia korang layan youtube , grafik lawa ! Gameplay menarik , jenis yang suka game-game advanture  + perang + dan mencabar bolehlah keluarkan sedikit modal untuk beli game ini !

#Update : Menurut kawan di media sosial sekarang battlefield yang ramai orang main ialah battlefied 4 dan yang battlefield lain sudah sikit atau pun sudah pupus .

Untuk itu anda boleh beli game battlefield ini di # https://www.origin.com/en-sg/store/

#4 League of Legends

League of legends ini juga merupakan sebuah game multiplayer battle arena . Game ini telah dibuat oleh Riot games . Game ini agak ramai orang main di cc . Pandangan aku sedikit untuk game ini agak mengarut jika dibandingkan dota xD ( pendapat peribadi ) .

Untuk mendapatkannya adalah percuma di garena . Untuk yang minat gameplay game ini bolehlah dapatkan di arena .

#3 Update ( CSGO ) game paling gempak 

Haha rasa nak menangis kena bash kat group 😛 , yang katakan tidak pada blackshot . Rata-ratanya mengutuk game ini , ada yang mengatakan game kanak-kanak riang dan bermacam-macam . Mungkin aku tersilap tajuk posting 😛 Game paling gempak tidak layak , yang layak game paling popular untuk posting ini !

5 game paling gempak di malaysia
Sebab tak letak game paling gempak , aku teruk dikutik

Jum sembang sikit pasal csgo ni  : CSGO merupakan sebuah game yang dibina oleh Hidden Path Entertainment and Valve Corporation , ia juga boleh tahan antara game yang paling banyak membuat pertandingan-pertandingan besar .

Aku ada cakap kat statement blackshot tadi bahawa game ini ramai pemain rata-rata berusia 18 tahun keatas . Tengok sahaja gambar aku kat facebook habis kena cemuh sebab tak letakkan game ini di antara game paling gempak haha .

Csgo kalau korang nak download , korang boleh download di steam . Harganya tidak terlalu mahal hanya rm31 . Memang puas main sebab senjata semua sama kuat . Beza senjata beli dengan senjata dapat bukan pada kekuatannya lebih kepada efek atau skin sahaja !

#3 Blackshot 

Bagi yang minat main tembak-tembak , bolehlah layan blackshot ni . Ianya percuma untuk didownload . Sekarang ini blackshot aku rasa terasa tercabar dengan csgo . Mesti ada yang tertanya sebab apa aku tidak letak csgo ?

Alasan cukup mudah jika nak dibandingkan csgo dengan blackshot , blackshot lebih ramai orang main dan csgo baru nak naik . Yang main csgopun rata-rata umur 18 ke atas disebabkan csgo kena bayar . Tapi gameplay bagi aku lagi best csgo .

Game-game seperti blackshot , mat , kelemahan dia bagi aku satu je , iaitu nak sedap kena topup . Haiz kalau tak topup kena tapau kecuali kau memang pro ! Tapi blackshot , mat ramai budak-budak je main . Orang besar sekarang ramai beralih ke csgo !

Jadi untuk buat pilihan yang bijak korang search youtube tengok gameplay mana yang lebih menarik kalau jenis nak topup dengan senjata berwarna warni MAT adalah pilihan terbaik kalau jenis bukan kaki topup csgo ( bayar untuk download ) dan kalau jenis tak minat topup dan tak minat bayar main aku cadangkan untuk download blackshot

#2 Fifa online 3 

Fuhh fifa online 3 mengalami sedikit penurunan pemain jika dibandingkan dengan fifa online 2 . Namun fifa online 3 tetap gempak ! Jadi kepada peminat video game jenis pemainan bola bolehlah korang download dan layan fifa online 3 !

Untuk download fifa online 3 korang boleh download di garena . Ianya percuma tanpa sebarang bayaran !

#1 Dota 2 

Tidak perlu sembang panjang pasal dota 2 . ! Ia seperti satu virus yang sedang mengila dalam kalangan pemain video game ! Dengan ganjaran wang jutaan ringit untuk pemenang-pemenang pertandingan yang dibuat ! Dota 2 memang layak mendapat tempat game paling gempak ! .

Daripada gameplay , hero , skin , dan semuanya menarik di dota 2 . Cuma satu sahaja yang kurang iaitu mereka selalu update . Tapi ada kebaikannya , hack tidak mudah masuk .

Sepanjang aku main dota 2 tidak pernah sekalipun aku jumpa hacker ! Gameplay di dota2 menarik sebab memerlukan kerjasama dan kebergantungan daripada seorang player dengan seorang player yang lain .

Untuk download dota 2 korang boleh download di stream ! Ianya percuma , dan jadilah seorang player yang gempak agar korang boleh pergi ke tournament-tournament besar ! Kalau menang harapan anda untuk menjadi jutawan video game terbuka luas ! Yang penting anda perlu pro .

LINK UNTUK DOWNLOAD GAME-GAME DI ATAS

Garena plus
Di garena anda boleh download blackshot , lol dan juga Fifa online 3

http://intl.garena.com/

Untuk download steam :

http://store.steampowered.com/about/

Disitu korang boleh download battlefield , csgo , dan juga DOTA 2[/tab]

Jadi kepada kaki video game belaka agak-agak korang setuju tak dengan game-game yang aku senaraikan ni  ? Kalau tidak komen apa game yang lebih layan akan ku update di post seterusnya !!

Itu sahajalah yang mampu aku share untuk artikel kali ini . Terima kasih kerana sudi membaca 5 Game paling gempak dan ramai orang main di malaysia

5 COMMENTS

  1. saya adalah insan yang anti game..lagipun mana cukup masa nak layan media sosial,blog dan baca buku.Lagipun ada kehidupan sebenar yang perlu saya lalui macam biasa

    • Haha , orang anti game dengan gamer berlainan bro nafi … Geng-geng yang suka game bekerja untuk dapatkan game yang diminati :3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge