5 Kewajipan seorang muslim terhadap orang islam lain

3
35
views

5 Kewajipan seorang muslim terhadap orang islam lain : Kewajipan seseorang muslim terhadap orang islam lain sudah diperjelaskan secara terperinci di dalam al-Quran dan juga Sunnah.

Secara umumnya semua orang islam itu adalah bersaudara. Jadi jika salah seorang itu disakiti maka, yang lain juga ikut sakit.  Oleh yang demikian kita sebagai orang islam hendaklah bersatu dan jangan pernah berpecah belah.

Kata ulama jika seorang muslim itu berseorang ia ibarat sebatang lidi yang mudah patah namun jika dia duduk secara berjemaah ia ibarat penyapu lidi yang sukar dipatahkan jika hendak dibandingkan dengan sebatang lidi tadi.

Pada kali ini saya ingin berkongsi apa dia kewajipan muslim terhadap muslim yang lain. Jadi jika anda merasakan diri anda seorang islam yang sejati anda hendaklah melakukan perkara-perkara ini.

kewajipan seorang muslim terhadap muslim yang lain

Kewajipan seorang muslim terhadap orang islam lain

  1. Mengurus dan menghantar jenazah

Ketika mati seorang muslim itu maka menjadi kewajipan muslim yang lain untuk menguruskan jenazahnya dan membawa jenazah itu dari tempat pengurusannya ke tempat pengembumiannya.

Ini juga termasuk untuk mengsolatkan jenazah, mengkafankan jenazah dan sebagainya. Sebagaimana diperjelaskan dalam hadis sohih

” Siapa yang menghantarkan jenazah hingga mengsolatkannya maka baginya pahala satu qirot, dan siapa yang menghantarkannya hingga dimakamkan maka baginya pahala dua qirot, Baginda ditanya: Apakah yang dimaksudkan dengan qirot ? Baginda menjawab : Qirot itu bagaikan dua gua gunung yang besar. ” HR. Bukhori dan Muslim “

2. Menjawab salam

Kewajipan yang seterusnya adalah menjawab salam kepada mereka yang memberi salam. Seperti yang kita mengetahui apabila seorang islam itu memberi salam maka hendaklah orang yang diberi salam itu menjawab salam tersebut.

Hukum memberi salam adalah Sunat dan Hukum menjawab salam pula adalah wajib. Dan hikmah memberi salam adalah dapat mendatangkan rahmat dan merapatkan ukhwah.

Sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w : Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda

“Kalian tidak akan masuk syurga sehinggalah kalian beriman. Dan kalian tidak akan beriman sehingga kalian saling mencintai. Maukah aku tunjukkan sesuatu yang apabila kalian lakukan kalian akan saling mencintai? ( iaitu ) Sebarkanlah salam diantara kalian ” ( HR. MUSLIM )

3. Selalu memberi nasihat

Seterusnya adalah apabila kita nampak saudara sesama muslim melakukan sesuatu yang salah, maka adalah menjadi suatu kewajipan kepada kita untuk menasihatinya.

Apatah lagi jika seseorang datang kepada anda dalam keadaan tidak tahu atau meminta nasihat. Menjadi kewajipan anda untuk menasihati mereka.

Rasulullah s.a.w bersabda ” Agama itu adalah nasihat ”

4. Memenuhi jemputan 

Keempat adalah apabila seseorang muslim itu mendapat jemputan daripada kerabat, seperti contoh jemputan perkahwinan, majelis ilmu dan lain-lain selagi ianya tidak melanggar syarak. Maka menjadi kewajipan untuk kita memenuhi undangan tersebut.

Selagi mana kita tidak ada suatu kewajipan yang lebih utama dan majlis itu tidak melanggari hukum hakam

5. Saling kasih dan mengasihi

Dan yang terakhir adalah saling menyayangi dan kasih diantara sesama muslim. Ini berdasarkan hadis dariapda sahabat Nu’man bin Basyir, Rasulullah s.a.w bersabda

Permisalan kaum mukminin dalam sikap saling mencintai, dan saling kasih sayang mereka sebagaimana satu badan. Apabila satu anggota badan sakit, seluruh anggota badan ikut merasakan, dengan tidak bisa tidur dan demam.

Itu lah 5 kewajipan seorang islam kepada islam yang lain. Sebenarnya ada banyak lagi tetapi cukuplah buat masa ini saya kongsikan kepada anda 5 perkara dahulu.

Insha Allah saya akan update pada masa akan datang beberapa lagi yang menjadi kewajipan seorang muslim.

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge