7 Pembahagian Hukum Dalam Ilmu Feqah

3
151
views

Di dalam entri ini saya akan menulis berkaitan dengan Tujuh bahagian hukum ilmu feqah .

Kalau kita lihat kitab-kitab Feqah yang mengandungi hukum-hukum syarak yang di sandarkan kepada kitab Allah ( Al-Quran ) , Sunah rasul-nya ijmak ulama dan ijtihad mereka .

Kita akan dapati bahawa hukum-hukum tersebut akan dibahagikan kepada 7 bahagian . Dan daripadanya akan dibentuk perundangan umum bagi menjamin kehidupan manusia .

Tidak kira dalam bentuk individu ataupun masyarakat .

Bahagian pertama ialah hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan ibadat ataupun ibadah kepada sang pencipta yakni Allah taala .

Ia nya merangkumi perbuatan seperti mengambil air sembahyang ( wuduk ) , menunaikan solat yang mana merupakan tiang agama , menunaikan zakat , berpuasa pada bulan ramadan , menunaikan haji bagi yang berkemampuan dan ibadah-ibadah yang lain tidak kira wajib mahupun sunat .

Bahagian kedua iaitu berkaitan dengan hukum-hukum kekeluargaan , seperti mendirikan bahtera rumah tangga , penceraian , nasab dan keturunan , penyusuan , pemberian nafkah , pewarisan harta atau lain-lain . Semua tersebut merangkumi di dalam hukum-hukum hal el-ehwal kekeluargaan .

Bahagian ketiga pula berkaitan dengan hukum-hukum dengan perbuatan manusia , muamalah sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain seperti berjual beli , gadaian , sewaan , pendakwaan , keterangan-keterangan

Penunaian , dan lain-lain . Yang mana ia dinamakan atau dikenali sebagai hukum-hukum Muamalat .

Keempat pula berkaitan dengan kewajipan pemerintah seperti menegakkan keadilan di dalam negara , menolak kezaliman dan melaksanakan hukum-hukum .

Begitu juga kewajipan rakyat mentaati pemimpin dalam perkara yang bukan maksiat dan lain-lain lagi . Ia dikenali sebagai hukum pemerintahan atau siasah syariyyah iaitu corak pemerintahan yang berasaskan kepada hukum syarak .

Kelima hukum-hukum yang berkaitan dengan hukum yang dijatuhkan ke atas orang yang bersalah , menjaga keamanan dan peraturan seperti hukuman kepada pembunuh , pencuri , peminum arak , dan seumpamanya .

Hukum-hukum ini dikenali dengan “Uqubah ( hukuman )

7 pembahagian hukum dalam ilmu feqah selanjutnya ialah

Hukum-hukum yang mengatur hubungan antara negara islam dengan negara lain ketika peperangan dan damai .

Ia dinamakan dengan nama as-Siyar .

Ketujuh pula hukum yang berkaitan dengan akhlak manusia , sifat malu , pekerti , sahsiah , baik buruk dan lain-lain .

Ia nya dinamakan dengan nama hukum akhlak dan adab-adab.

Demikian yang dapat kita pelajari Ilmu Feqah merangkumi hukum-hukum yang mana berkaitan dengan segala keperluan manusia .

Dan mengandungi semua perkara yang sesuai dengan kehidupan mereka sama ada individu ataupun masyarakat sekeliling atau mungkin dengan negara .

Sekian saja Ilmu Feqah yang dapat saya kongsikan pada artikel kali ini . Terima kasih kerana sudi membaca “ 7 Pembahagian Hukum Dalam Ilmu Feqah

Jangan lupa untuk meninggalkan komen anda untuk meningkatkan mutu penulisan / cara penyampaian dan komen atau sebarang pendapat .

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge