Adab-adab puasa ramadhan

2
46
views

Insha Allah pada artikel kali ini saya akan berkongsikan kepada anda tentang adab-adab puasa ramadhan . Ianya di ambil dari kitab fikah mazhab syafie jilid 2 .

… Sesungguhnya puasa mempunyai adab yang banyak . Jadi disini saya akan meringkaskan berkaitan dengan adab adab tersebut  .

Adab-adab puasa

1. Menyegerakan berbuka  

Adab puasa yang pertama iaitu menyegerakan berbuka puasa . Ini dilakukan sejurus diyakini tenggelamnya matahari . Dalilnya seperti berikut

Manusia akan terus berada dalam kebaikan selagi mana mereka terus menyegerakan berbuka – Riwayat al-bukhari ( 1856 ) dan muslim ( 1098 ) .

Dan paling afdal berbuka puasa dengan dimulakan dengan memakan sebijik kurma yang kering atau basah . Sekira tiada mulakan dengan minum air

[toggle title=”Artikel Berkaitan Puasa” state=”open”]

  1. Pengertian dan Pengsyariatan Puasa
  2. Syarat rukun dan perkara membatalkan puasa
  3. Adab Puasa

[/toggle]

2. Makan sahur 

Makan sahur bermaksud makanan yang dimakan pada akhir malam . Sahur itu hukumnya sunat berdasarkan dalil berikut

# Bersahurlah kamu semua , sesungguhnya dalam sahur itu ada barakah riwayat –Bukhari 1823 dan Muslim 1095

3. Melewatkan Sahur

Mestilah dilakukan sebelum waktu fajar terbit . Melewatkan sahur amat dituntut dan ianya di nukilkan di dalam hadis yang di riwayatkan oleh imam ahmad dalam musnadnya

Umatku terus berada dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbukan puasa dan melewatkan sahur . 

4. Meninggalkan kata-kata yang mesti dijauhi 

Untuk adab-adab puasa ramadhan keempat ini berkaitan dengan kata-kata yang mesti dijauhi seperti mencela , menipu mengumpat dan menghasut .

Seseorang yang berpuasa juga hendaklah menahan dirinya daripada perkara-perkara syahwat seperti melihat wanita dan melihat perkara-perkara yang menaikkan syahwat .

5. Tidak berbekam dan seumpamanya 

Ini kerana dengan berbekam akan melemahkan diri orang yang berpuasa . Oleh itu janganlah kita berbekam semasa waktu bulan puasa kerena mungkin dengan berbekam akan melemahkan badan dan seterusnya boleh membuat kita ingin berbuka puasa .

6. Bersedekah , membaca al-Quran , bertadarus , iktikaf di masjid 

Ke-6 bula mengajak kita agar sentiasa bersedekah , membaca al – quran dan bertadarus lebih kerap atau banyak kali semasa bulan puasa . Selain itu beriktikaf di masjid lebih-lebih lagi 10 malam terakhir bulan puasa .

Begitulah antara adab-adab puasa ramadhan yang dapat saya kongsikan berdasarkan Kitab fikah mazhab syafie . Semoga ianya memberi manfaat kepada pembaca sekalian .

#Terima kasih membaca adab-adab-puasa kongsikan ia jika anda merasakan artikel ini dapat memberi makna atau manfaat kepada anda dan orang lain .

Semoga kita berada dalam lingkungan orang-orang beriman dan sentiasa amalan kita di terima . Moga Amalan puasa kita sentiasa di terima

 

2 COMMENTS

  1. Maksih gan udah mengingatkan kembali adab2 berpuasa.. Sangt bermanfaat sebab sebentar lagi kita kan kedapatangan bulan suci Ramadhan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge