Aiman Banna Di Kuipsas

2
152
views

Yeah , akhirnya ada juga masa terluang untuk aku update blog yang serba sunyi ni . Aku pun tak tahulah apa punya kesibukan yang telah melanda aku sehingga blog ini kian sunyi dengan artikel . Last artikel aku pada 22 august 2016 , wa hampir sebulan beb aku tak kemas kini aku punya blog .

Entri Last : http://khairulcushion.com/ini-tips-bagaimana-ingin-pastikan-assignment-anda-selamat/

Jadi pada kesempatan yang ada ni aku saja tulis satu entri santai berkaitan dengan kehadiran penulisan buku dan blogger terkenal aiman banna ke kolej aku iaitu kolej universiti islam pahang sultan ahmad shah ( KUIPSAS ) .

Aiman Banna
Aiman Banna

Artikel ini tulis untuk share gambar-gambar dan bagaimana program berjalan sahaja sebagai kenang-kenangan aku sebagai exco di dalam jabatan syariah kuipsas .

Nak dijadikan cerita kami daripada jabatan membuat satu minggu jabatan untuk semua pelajar syariah khususnya dan seluruh warga kuipsas secara amnya .

Jadi pada minggu tersebut pelbagai program telah dirangka oleh presiden jabatan dan majlis tertinggi , antaranya debat , futsal , tilawah dan lain-lain . Dalam program-program yang telah dirangka terselit pula satu program yang dinamakan MALAM KEROHANIAN yang akan di kemudikan oleh exco kerohanian .

Jadi sebelum program berjalan sudah pasti pengarah program dan yang terlibat akan membuat perbincangan siapa yang akan dijemput . Terselitlah beberapa nama ketika itu antaranya PU Azman , Pu Hafiz , dan Aiman Banna .

Setelah mereka-mereka ini berbincang akhirnya muktamadlah yang akan datang pada malam tersebut ialah Aiman Banna .

Setelah nama ada maka tibalah masanya si pengarah program deal dengan pa Aiman Banna . Alhamdulillah segalanya dipermudahkan . Deal tak susah mana , syaratpun tak susah mana . Semuanya berjalan dengan lancar .

Setiap email dan whatsapp yang dihantar semuanya dijawab dengan cepat . Bayaranpun fuhh membanggakan 😛 tak mahal . Kitaorang pun bajet gak untuk panggil sesiapa takut mahal sangat abis pulak duit jabatan ahahaha ..

Aiman banna di kuipsas 

Atas tu permulaan cerita punya banyak aku menyimpang jadi sekarang tibalah masanya aku menceritakan tentang kehadiran Aiman Banna di Kuipsas .

First aku nak cakap yang aku memang tak kenal siapa Aiman ni sebenarnnya . Walaupun dah popular aku serius cakap aku tak kenal siapa dia . Setelah baca di google barulah aku tau dia ada beberapa buah buku yang meletop kebabom .

Aiman banna di kuipsas
Aiman banna baru sampai di kuipsas

Gambar di atas menunjukkan yang aiman banna dan kawan-kawannya baru saja menjejakkan kaki di dewan utama kolej universiti islam pahang sultan ahmad shah . Dan tempat kosong masih banyak 😛

First aku nak cakap yang aiman ni patut sampai pada jam 9 tapi lewat jam 9.30 disebabkan hujan yang turun sangat lebat . Dan itu juga mungkin faktor yang budak-budak kolej aku ni pun lambat sampai .

Malam tu kitaorang gelabah gak sebab hampir 9.30 aiman tak sampai-sampai sedangkan budak kolej sebelah da sampai ( tapi time tu diaorang tersekat kat masjid disebabkan hujan ) .

Jam 9.30 tepat aiman sampai kat pintu belah belakang dan diiringi oleh MT dan Exco Jabatan untuk kehadapan .

Bila mula saja talk , kerusi yang korang tengok masih macam tu , sampailah jam 9.50 barulah kehadiran semakin ramai .

Aiman banna di kuipsas
Pelajar lelaki dan perempuan semakin ramai

Masa ni jam menunjukkan sekitar jam 9.50 ke jam 10 . Pelajar pun semakin ramai alhamdulillah .

Aiman banna di kuipsas
Pelajar perempuan kuipsas

Kalau dikuipsas , memang pelajar perempuan suka penuhkan kerusi yang lelaki macam biasa di bilik masing-masing .

Tapi malam tersebut sanggat unik disebabkan ramai pelajar lelaki datang program sehingga satu dewan full 🙂

Dan aku merasakan inilah salah satu program yang paling berjaya yang diadakan pada kepimpinan kami . Dan satu lagi program berjaya ialah debat final yang bercampur dengan malam penutup .

Apa yang menarik aiman banna di kuipsas ialah kehadiran pelajar kolej sebelah . Tanpa dipanggil mereka sendiri meminta izin untuk join menghadiri program tersebut . Luar biasa tarikan aiman banna ni .

Dan pada tersebut topik yang dibincangkan ialah anak muda dan perubahan dunia . Alhamdulillah menarik juga perbahasan malam tersebut yang di olah oleh aiman banna. Dengan punchline-punchline tersendiri membuatkan mataku gagah pada malam tersebut .

Akhir kata dari aku , semoga kepimpinan seterusnya dapat menarik golongan muda kuipsas ke program-program dengan menjemput orang-orang yang berjiwa muda seperti aiman banna , imam muda dan lain-lain mungkin 🙂

#SEDIKIT GAMBAR AIMAN BANNA DI KUIPSAS

SELFIE BERSAMA AIMAN BANNA
SELFIE BERSAMA AIMAN BANNA
SELFIE BERSAMA AIMAN BANNA
SELFIE BERSAMA AIMAN BANNA
SELFIE BERSAMA AIMAN BANNA
SELFIE BERSAMA AIMAN BANNA
PRESIDEN MPP DAN PRESIDEN SYADEPT BERGAMBAR DENGAN AIMAN BANNA
PRESIDEN MPP DAN PRESIDEN SYADEPT BERGAMBAR DENGAN AIMAN BANNA
MT dan Exco Jabatan Syariah Bersama Aiman Banna
MT dan Exco Jabatan Syariah Bersama Aiman Banna

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge