Akhirnya blog bahasa melayu di terima google adsense

4
176
views

Akhirnya blog bahasa melayu di terima google adsense :  Bagi aku kebanyakkan blogger di dunia mempunyai harapan dan impian untuk memasang iklan google di blog masing-masing disebabkan bayaran yang dibayar google agak tinggi berbanding iklan lain.

google adsense
google adsense khairul cushion

Begitu juga aku, dari pertama kali aku jejak dunia blogger aku juga ada memasang impian untuk mempunyai akaun google adsense.  Tapi untuk mempunyai akaun google adsense bukanlah suatu perkara yang mudah. Aku rasa aku telah memohon lebih daripada 10 kali akaun ini tapi semuanya ditolak google.

JOM BACA : AKU MASUK KE DUNIA BLOGGER

Sehinggalah semalam sekian seminggu aku menunggu permohonan balik google adsense akhirnya blog aku diterima google adsense. Rasa gembira gila bila dapat e-mel pengesahan daripada google yang mana kata mereka blog aku telah di approve. Fuhh rasa semangat gila nak menulis artikel banyak-banyak hahaha.

Blog melayu diterima google adsense
Email dari google adsense

Jadi aku sengaja tulis artikel ini bagi membuktikan bahawa dengan menulis artikel bahasa melayu pun diterima google adsense.

Jangan pikir hanya dengan tulis artikel berbahasa inggris sahaja diterima google adsense. Google sebenarnya telah menyokong penggunaan bahasa melayu sejak 2015.

Syarat Mohon Google Adsense Non-Hosted

Sepanjang aku membaca cara untuk memohon google adsense non-hosted berikut merupakan syarat yang korang kena ada sebelum memohon google adsense. Ini juga daripada pengalaman aku sepanjang aku kena tolak dengan google adsense.

Pertama : Pastikan blog korang bukanlah blog yang hanya copy dan paste daripada blog orang lain. Kalau korang ingin apply iklan google korang mestilah buat artikel yang korang tulis sendiri. Kalau ada nak copy dari blog lain pun pastikan korang letak sumber rujukan.

Kedua : Pastikan umur blog korang cukup matang. Daripada pembacaan yang aku buat majoriti blogger mengatakan sebuah blog yang ingin memohon google adsense hendaklah berumur sekurang-kurangnya 2 minggu.

Ketiga : Pastikan korang buat Contact/ daftar isi / disclaimer / Privacy Policy / About Me. Perkara ini sangat penting sebab google akan pastikan sama ada semua benda ini ada atau tidak dalam blog korang.

Aku rasa 3 perkara tersebut antara perkara yang penting korang kena ada sebelum memohon google adsense. Insha Allah aku akan update jika ada benda yang tertinggal atau aku terlepas pandang dari semasa ke semasa.

4 COMMENTS

  1. bagaimana dari segi performance code adsense ni?
    adakah ia memberatkan blog?

    Sebelum ini saya dah berjaya apply beberapa syarikat advertising, tapi hanya code dari Innity yang saya boleh terima sebab laju dan tak jejaskan performance blog.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge