Akhirnya dapat 1st review daripada pihak google adsense

0
106
views

Akhirnya dapat 1st review daripada pihak google adsense : Alhamdulillah setelah hampir 10 hari akhirnya permohonan google adsense aku diterima. Sekali lagi rasa seronok gila bila diterima pihak google buat kali kedua.

Bagi korang yang belum baca artikel aku sebelum ni pasal aku punya blog diterima google adsense korang boleh baca di Akhirnya blog bahasa melayu di terima google adsense

Selepas diterima google adsense, aku telah menjual akaun tersebut dengan harga yang cukup lumayan. Akaun tersebut terjual dengan harga RM2000.

Baca Juga : Dapat 2K dengan jual akaun adsense

Setelah beberapa hari aku ambil keputusan untuk cuba nasib sekali lagi apply google adsense. Lepas atau tidak lepas itu semua bukan menjadi persoalan. Kata orang ” kalau tidak dipecah ruyungnya manakan dapat sagunya”.

Jual Akaun Google Adsense

Jadinya pada kali ini aku memang target untuk stay pakai google adsense. Rasa macam tak nak dah jual akaun adsense. Kecuali kalaua da yang offer aku dengan harga yang begitu keras hahahaha.

Untuk itu kalau ada yang sahabat yang memohon google adsense tetapi gagal. Aku ada sediakan join venture. Apa itu join venture anda boleh baca di JV ADSENSE BERSAMA KHAIRULCUSHION.

Kalau anda ada pesoalan berkaitan dengan google adsense silakan bertanya di ruang komen yang disediakan secara facebook mahupun melalui direct dengan blog ni. Insha Allah Aku akan menjawab semua persoalan kalian selagi aku mampu.

Tapi aku just nak kongsi kalau mohon google adsense apa yang perlu korang ada adalah kesabaran. Jangan korang cepat berputus asa kalau korang kena tolak banyak kali. Aku sendiri dulu pernah ditolak lebih 10x.

Apa yang korang perlu lakukan adalah korang kena baiki apa sebab korang kena tolak. Cek balik blog korang tu ada copy mana-mana blog lain, cek balik ada tak disclaimer, privacy semua tu. Banyakkan membaca di google untuk mengetahui apa yang tidak boleh korang ada dalam blog korang yang tidak disukai oleh google.

Selepas itu baru korang cuba mohon balik. Jangan lepas kena tolak terus mohon kalau boleh tunggu sehari dua baru apply balik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge