Akhirnya dapat juga beli gta5 di steam

0
58
views

Akhirnya dapat juga beli gta5 di steam : Alhamdulillah setelah lama berangan-angan nak beli game grand theft auto 5 atau lebih dikenali dengan nama gta5 akhirnya tercapai.

Sebelum ini saya ada tulis yang mana steam tengah ada promosi untuk summer sale jadinya takkan lah saya nak lepaskan peluang ni.

[ Baca Juga ] – Game steam tengah offer tunggu ape lagi? Belilah game steam anda sekarang

Ini semua berkat rezeki daripada jual akaun adsense semalam maka ada rezeki sedikit untuk beli game gta 5 ni. Kalau tidak mungkin saya kena kumpul lagi duit slow-slow untuk beli game mahal ni.

Tapi disebabkan dalam steam wallet saya tiada langsung duit saya terpaksa beli steam wallet dan harga steam wallet online sangat cekik darah. Bayangkanlah nak beli harga RM80 tapi kena bayar RM94. Lebur duit saya malam ini sahaja sebanyak RM100 lah cincai cincau kira hehe.

topup steam wallet
Selesai topup steam wallet

Harga asal game ni korang nak tahu tak berapa? RM149 itu dia harga sebuah game daripada Rockstar games ni. Memang kalau time ni tak ada offer mungkin saya takkan beli kot mahal tu. Tapi disebabkan offer dapatlah potongan harga sebanyak 50% dan saya beli dengan harga RM75.

bye2 duit : Hye gta 5
bye2 duit : Hye gta 5

Hmm bila sahaja aku menekan untuk membeli gta 5 maka ucapan terakhir aku untuk duit steam aku bye-bye.

membeli gta 5 ketika murah
Proses membeli gta 5

Tau tak korang Game yang dibina atau dibuat oleh Rock Star Games ini telah dilancarkan pada 14 April 2015 dan boleh dimiliki menerusi steam. Berat game ini adalah 70GB !

gta 5 sudah berada di library game steam
gta 5 sudah berada di library game steam

Dan game ini mempunyai ramai peminat di serata dunia. Game ini boleh dimainkan secara persendirian dan juga boleh main dengan kawan-kawan.

Best tak gta 5 ni? Kalau korang tanya best tak game ni saya tinggalkan dahulu persoalan ini untuk dijawab pada masa akan datang sebab saya belum lagi cuba untuk memainnya.

Tapi kalau korang nak tengok gameplay dia boleh tengok di youtube bersepah orang upload. Gta ini boleh dimainkan secara online, ini bermakna kita akan berjumpa pelbagai orang dari serata dunia.

Tapi guys kalau korang sudah ada gta 5 atau akan beli gta 5 bolehlah add saya di steam dengan nama Khairulcushion10. Bolehlah kita main sama-sama nanti, takdela saya bosan main sorang-sorang nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge