Akhirnya dapat juga Kad Debit i-Diskaun Siswa 1 Malaysia

0
197
views

Akhirnya dapat juga Kad Debit i-Diskaun Siswa 1 Malaysia : Setelah berbulan menunggu akhirnya email yang mengatakan duit baucer buku 2017 aku telah selamat sampai ke dalam peti mel aku. Boleh tahan juga lambat proses nak dapatkan baucer buku ni !

Aku rasa sudah hampir 2 bulan baru sampai e-mel. Itupun setelah aku membuat pendaftaran semula. Sebab aku rasa dengan membuat pendaftaran semula walaupun dalam sistem mengatakan korang sudah daftar dapat mempercepatkan proses.

Ini dibuktikan oleh kawan aku yang daftar lebih lambat berbanding aku tetapi dia dapat dulu emel. Jadinya aku pun ambil keputusan untuk daftar semula dan setelah 1 minggu lepas aku daftar ulang aku dapat e-mel pada hari ini.

akhirnya dapat kad debit i diskaun siswa 1 malaysia
Emel daripada bankrakyat

Ini dia emel yang telah dihantar oleh bank rakyat kepada aku sebentar tadi.

dapat emel daripada bank rakyat
Contoh emel dapat baucer buku 2017

Jadinya bila dapat emel macam diatas korang boleh lah pergi ke bank berhampiran untuk mendapatkan kad bank tersebut. Aku pun tak tahu bila lah nak pergi buat kad malas pula rasanya nak pergi cepat-cepat.

Bagi korang yang mempunyai masalah seperti tidak ada dalam proses baucer buku 2017 ini korang boleh daftar kembali di https://bppt.bankrakyat.com.my/ . Insha Allah proses dia sangat cepat macam kawan aku buat.

Cara membuat semakan baucer buku 2017

Kalau korang nak cek online pun boleh sekarang. Pihak Pendidikan Tinggi sudah menyediakan kemudahan tersebut.

Untuk berbuat demikian korang hanya pergi pergi ke https://bppt.bankrakyat.com.my/semakan/ untuk membuat semakan. Hanya masukkan no kad pengenalan korang dan tengok apa keputusan dia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge