Alhamdulillah dapat duit RM2000 hasil jual akaun adsense

9
296
views

Alhamdulillah dapat duit RM2000 hasil jual akaun adsense :  Tiada ucapan yang lebih mulia daripada hanya mengucap syukur alhamdulilillah sebagai tanda berterima kasih kepada sang pencipta. Di pagi hari raya ini siapa sangka ada rezeki yang melimpah ruah untuk aku. Allahu rabbi.

Duit daripada jual akaun adsense
Duit dari pembeli akaun adsense

Aku pun tak tahu nak cerita macam mana kat korang. Tapi itulah kata orang tuah ayah nampak di kaki tuah manusia siapa tahu.

Mungkin boleh aku mula bercerita macam ini, tadi aku online sekejap facebook untuk ucapkan selamat hari raya kepada sahabat handai. Tetiba dapat 3 message daripada orang yang tidak dikenali dan tetiba ada 3 notification kawan baru.

Hmm aku pun accept lah semua dan terus balas semua conversation balas semua conversation yang ada. Semuanya pm aku tanya ada jual akaun adsense tak ? 

beli akaun adsense
Ni antara pertanyaan ada jual akaun adsense tak ?

Yang atas ini aku punya pembeli untuk akaun adsense. Alhamdulillah aku deal dengan dia tidak sampai 10 minit semua lancar.

cara beli akaun adsense
Yang ni pun nak beli akaun adsense

Apa-apa pun macam inilah cerita dia. Semalam aku dapat idea daripada salah seorang blogger dari indonesia untuk buka JOIN VENTURE ( atau kerjasama ) adsense antara blogger dengan pemilik adsense.

So terima kasih kepada sahabat blogger saya : http://www.riswan.net/

Jadi aku pun cubalah nasib mana tahu ada blogger-blogger yang mempunyai web top tetapi tidak diterima google adsense yang nak bekerjasama dengan aku. Bagi korang yang belum baca lagi pasal ni korang leh baca di KERJASAMA JV ADSENSE BERSAMA KHAIRULCUSHION

So nak dijadikan cerita tetiba pagi tadi ramai pm start conversation macam kat atas. So aku pula yang memerlukan duit tanya lah berapa diaorang sanggup untuk ambik aku punya akaun google adsense.

Salah seorang daripada orang yang chatting tadi letak harga yang begitu awesome bagi saya sebab saya pun tengah cari duit untuk beli henfon baru. Henfon lama rosak.

So dia mintak beberapa perkara sebagai bukti, alhamdulillah tidak sampai 10minit semua jalan lancar saya dapat duit daripada beliau. RM2000 masuk ke dalam akaun dengan selamatnya.

jual beli adsense
Terima kasih untuk duitnya

Lepas dah bagi semua detail yang diperlukan, hmm dalam hati tetiba hiba sebab terpaksa melepaskan aku punya akaun adsense tersebut.

Bukan senang nak buat akaun google adsense. Memerlukan kesabaran yang tinggi. Aku dah apply dekat setahun dan banyak kali kena tolak baru diterima 14 hari lepas alhamdulillah walaupun visitor tak ramai dalam blog ni tapi duit yang aku dapat dari adsense tinggi.

Inilah report terakhir adsense aku
Report terakhir adsense aku

So aku kena mula dari awal baliklah adsense lepas ni. Nak atau tidak aku sudah redha atas pemergian akaun google adsense aku. Terima kasih adsense sebab banyak membantu aku. Syukur alhamdulillah.

So korang kat luar sana belajarlah untuk buat google adsense mana tahu rezeki leh buat pendapatan sampingan.

9 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge