Alhamdulillah dapat sudah phone baru vivo v5s

0
88
views

Alhamdulillah dapat sudah phone baru vivo v5s : Sebelum ini aku ada tulis cakap yang phone aku rosak. Apa yang malangnya aku raya tanpa phone di sisi. Tahu tak macam mana perasaan dia?

Jadi nak terus beli phone baru taklah sebab nak celebrate raya kena pakai duit yang banyak walaupun aku punya budget raya aku save untuk beli phone baru huhu.

Baca juga : Budget raya 2017 aku

Jadinya sebelum raya aku memang jaga gila budget agar tak lari sebab memang dah target naik raya nak beli phone baru.

Namun Allah sudah aturkan rezeki untuk aku tiba-tiba pada pagi raya ada orang pm aku untuk beli akaun google adsense. Apa yang mengejutkan aku apabila dia offer aku dengan harga yang cukup tinggi.

Kalau korang yang belum baca pasal ni boleh baca pada artikel sebelum ni Dapat duit RM2000 dari jual google adsense.

Apa lagi duit sudah ada tapi takkan nak beli terus phone kan. Makanya ada rezki sikit tu aku bagilah ke adik-adik aku dulu.

Ok-ok kita balik ke topik kita yang asal pasal aku beli vivo v5s. Sebenarnya aku target oppo r9 dengan vivo V5s. Jadi bila balik kolej aku ajak kawan aku pergi survey dulu. Takkan cuma tengok dekat internet je kan.

Sampai sahaja kat kuantan parade singgahlah dekat beberapa kedai. Borak-boraklah dengan seller pasal phone. Ok aku tanya lah pasal kedua-dua phone. Diaorang suggest aku untuk beli vivo.

Sebelum ini pun aku memang pakai vivo so bila borak dengan seller tu dia lebih meyakinkan aku untuk pilih vivo. Jadinya tanpa memikirkan apa-apa lagi aku baliklah dulu. Masa tu aku pergi hari sabtu.

Hari isnin aku datang ke kuantan parade balik untuk beli phone tu. So apa yang kelakarnya aku tanya kedai lain aku beli kedai lain hahaha. Member akulah bongok tanya vendor tepi-tepi bila beli pergi kedai vivo betul.

vivo v5s
vivo v5s box

Cuma harga dia agak mahal daripada harga beli online kalau kat lazada lebih kurang RM1200. Tapi bila beli kat kuantan parade ini aku terpaksalah melabur sebanyak RM1300.

Oklah bukan selalu melabur banyak-banyak.

So dari pembelian itu aku dapatlah beberapa free gifts antaranya speaker vivo, cover, tinted dan beberapa lagi. Jadinya aku tak tolaklah free gifts tu sebab banyak gak membantu untuk keselamatan phone aku.

Hmm bagi korang tak tahu Vivo V5s ni, phone ini duta dia Datuk Siti Nurhaliza. Memang best untuk selfie macam dalam iklan dia.

Gambar-Gambar Selfie Vivo V5s

Selfie dengan vivo v5s
Gambar naindra selfie dengan vivo v5s
Kawan-kawan aku selfie dengan vivo v5s
Kawan-kawan aku selfie dengan vivo v5s
selfie vivo v5s
Aku dan naindra

Speksifikasi vivo v5s

Berikut ialah speksifikasi untuk vivo v5s ini.

  • Ram 4 gb
  • Internal 64 gb
  • Kamera depan 20MP
  • Kamera belakang 13MP
  • Bateri tak boleh tanggal ( 3000Mah )
  • Ada fingerprint lock

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge