Alhamdulillah result sudah keluar

0
80
views

Tiada ungkapan selain ungkapan syukur alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang mendoa dan syukur kepada sang pencipta. Kepada ibu bapa yang tidak berhenti memberi dorongan dan sokongan.

Setelah sebulan lebih selesai berperang di medan peperiksaan akhir semester, akhirnya keputusannya keluar. Semester 4 ibarat sebuah medan yang aku rasakan aku akan tersungkur kaku. Tetapi alhamdulillah rancangan sang pencipta lebih hebat.

JOM BACA : Final exam sudah dekat apa persediaan

Aku sebenarnya rasa takut bila selasai saja menjawab kertas terakhir. Aku rasa takut dan kecewa sebenarnya sebab sem 4 ni hampir kesemua mata pelajaran aku dapat carrymark rendah. Dimana silapnya? Itu mungkin dari diri sendiri.

Setelah selesai sahaja menjawab paper akhir hanya berbekalkan doa dan tawakal dan berharap sesuatu dari sang pencipta.

Alhamdulillah….

Apabila tadi aku melihat keputusan yang dikeluarkan. Hanya titisan air mata kegembiraan dapat aku luahkan. Keputusan yang aku sangka jatuh naik mendadak. Allahu akhbar maha besar Allah sebaik-baik perancang. Terima kasih ya Allah.

Tangan aku ketar bak kena parkinson. Hanya jeritan memanggil nama ibu sambil berlari dan memberi kucupan ke dahi ibu sebagai tanda terima kasih. hehehe perhh macam drama aku karang tapi itulah realiti aku mendapat tahu keputusan yang keluar tadi.

KEPUTUSAN FINAL EXAM SEMESTER 4 DI KUIPSAS

Keputusan final exam kuipsas
Alhamdulillah semester 4 dapat 3.91

Alhamdulillah dari semester 1 sampai semester 4 pngs menaik. Macam aku cakap masa diawal artikel yang semester 4 paling mengerunkan sebab carrymark drop habis. Tapi Allah beri aku satu nikmat yang mana aku still perolehi keputusan yang baik.

Insha Allah semester 5 tidak akan aku sia-siakan peluang yang Allah bagi aku kat semester 4 dan terus perbaiki keputusan sampai dapat 4Flat.

Aku sanggat berharap agar sahabat-sahabat seperjuangan aku semuanya perolehi keputusan yang cemerlang juga. Maaf tidak dapat join korang borak di whatsapps sebab phone tengah problem.

Terima kasih kepada semua lecture aku pada semester ini yang banyak membantu aku. Terima kasih sebab banyak bagi ilmu yang aku rasa ilmu baru untuk semester ini. Terima kasih pensyarah semoga kalian semua dilindugi Allah dan dimuliakan Allah.

terima kasih pensyarah
terima kasih pensyarah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge