Amalan dan cara mempercepatkan rezeki

1
63
views

Amalan dan cara mempercepatkan rezeki : Rezeki merupakan rahsia daripada Allah taala kepada makhluknya selain daripada maut jodoh dan sebagainya. Namun disetiap rahsia Allah itu Allah sudah memberitahu cara dan apa yang harus dilakukan oleh makhluknya untuk mendapatkan yang terbaik.

Untuk itu pada hari ini saya ingin berkongsi amalan yang dapat mempercepatkan rezeki datang. Selain daripada asas yang kita tahu doa dan solat apa lagi sebenarnya cara untuk rezeki dengan mudah datang?

cara mempercepatkan rezeki

Amalan untuk dapatkan rezeki dengan cepat

Sebenarnya terdapat banyak amalan yang dapat mendatangkan rezeki dengan cepat tetapi harus diingat tidak ada satu pun benda kat dunia ni akan datang bergolek tanpa usaha dan sabar.

Kita manusia biasa hanya mampu untuk meminta dan berusaha.

Tetapi yakinlah bahawa Allah taala itu adil dalam setiap perkara, dia tidak akan pernah berlaku zalim kepada makhluknya sendiri. Jadi berikut saya kongsikan amalan-amalannya :

1. Rajin membaca istigfar

Pertama ialah istigfar iaitu sentiasa memohon ampun atas segala dosa-dosa dan kelalaian yang sentiasa kita lakukan dalam kehidupan seharian kita. Menipulah kalau kita dalam seharian tidak melakukan dosa-dosa kecil yang kadang-kadang secara tidak sengaja kita lakukan.

Untuk itu bagi menghapus dosa-dosa tersebut maka beristigfarlah, selain itu dengan beristigfar maka dapat memperbanyakkan rezeki berdasarkan firmah Allah taala dalam surah Nuh ayat 10-12

“Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu. “Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).

2. Sentiasa mengamalkan selawat

Selawat keatas nabi merupakan puji-pujian kepada baginda nabi s.a.w yang dilantunkan dengan nada-nada indah. Kebiasaannya selawat dilakukan saat waktu luang menunggu waktu solat dan mengaji.

Selawat ini mempunyai banyak manfaat tersendiri seperti menghilangkan kesusahan, jauh daripada fakir dan kemiskinan dan selalu dilancarkan rezeki. Selain itu juga Allah taala juga akan mengangkat darjah orang-orang yang kuat berselawat ini.

Oleh yang demikian, sebenarnya dengan selalu berselawat ke atas nabi Allah akan melancarkan rezeki seseorang itu.

Nikah melancarkan rezeki
Nikah meningkatkan rezeki

3. Bernikah

Ketiga ialah bernikah. Mesti pernah dengarkan kalau nak rezeki melimpah ruah berkahwinlah. Namun ada juga bangsa melayu yang takut kalau anak-anak mereka berkahwin awal, takut rezeki sempit.

Baca Juga : Apa itu Nikah Menurut Islam

Tetapi ada seorang ustaz bagi satu pandangan yang mana kalau seseorang itu bernikah sebenarnya dia akan menjadi matang untuk mencari rezeki.

Oleh itu jangan pernah takut untuk bernikah sebab selagi mana nikah itu diniatkan untuk mendapat dan mencari keredhaan Allah taala nescaya Allah akan membuka pintu rezeki dan rezeki selalu ada.

4. Selalu bersedekah

Seterusnya pula adalah sedekah iaitu satu amalan baik yanbg wajib kita lakukan kerana sebahagian daripada harta yang kita miliki adalah hak milik orang lain. Saya teringat seorang Ustaz pernah berkata apa yang dikatakan rezeki kita itu adalah apa yang kita telah berikan kepada orang lain dan bukan yang ada pada kita.

BACA : MASA TERBAIK BERSEDEKAH

Mungkin maksudnya begini kalau apa yang ada pada kita itu belum bermakna ia akan menjadi hak kita. Mana tahu dia akan tercicir atau hilang.

Untuk itu salah satu amalan bagi melancarkan rezeki adalah dengan selalu bersedekah.

BACA : KISAH AJAIB BERSEDEKAH

Kata seorang ulama sedekah itu tidak akan pernah memiskinkan seseorang dan jangan pernah sampai berpikir selagi aku belum kaya aku tidak akan bersedekah kerana sedekah tidak perlu tunggu kaya.

Bersedekahlah untuk membuatkan rezeki kita semakin bertambah.

Dan banyak lagi sebenarnya cara meningkatkan rezeki dan membuka pintu rezeki. Diantara merupakan antara sahaja.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge