Amalan puasa ramadhan yang mudah untuk dilakukan

13
43
views
amalan mudah dalam bulan ramadhan
amalan mudah dalam bulan ramadhan

1 hari je lagi akan tibanya waktu puasa ramadhan 2016 . Sudah bersediakah kita untuk bertemu dengan tetamu istimewa yang membawa barakah , nikmat , pahala berganda dan macam-macam kebaikan lagi ? Atau persoalan sempatkah kita untuk bertemu dengannya walaupun sehari je lagi ?

Andai kita bertemu dengan mereka inilah amalan puasa ramadhan yang mudah untuk dilakukan dan di amalkan bersama-sama ! Semoga ia nya bermanfaat untuk kita semua dan amalan kita ini di terima oleh Allah dalam gandaan pahala yang berlipat dan redhanya akan kita semua !

Sahur

Pertama sekali amalan yang mudah di lakukan tetapi jarang di lakukan oleh ramai di antara kita iaitu melambatkan sedikit sahur ! Ada di antara kita saya pasti bersahur pada jam 1 atau 2 pagi di sebabkan tidak tidur !

Jadi saya menyeru kepada pembaca yang dikasihi sekalian agar melambatkan sedikit sahur  kerana itu termasuk sunah nabi s.a.w !

Saya juga ingin menulis hadis nabi berkaitan sahur ini iaitu # Bersahurlah kamu semua kerana di dalam sahur itu ada keberkatan

Berbuka

Amalan puasa yang mudah dilakukan yang kedua ialah mempercepatkan berbuka puasa ! Tadi sahur kita lambatkan sekarang berbuka kena cepatkan !

Ini juga sunah nabi s.a.w yang ada juga di antara kita tidak membuatnya ! Antara kesilapan yang biasa di lakukan ketika berbuka menonton televisyen , melayari internet di dalam bilik dan sebagainya yang mana memungkinkan untuk kita lambat berbuka ! .

Jadi ketika hendak berbuka saya seru anda semua untuk sama-sama duduk di meja makan ! Atau di hadapan makanan !

Selepas azan berkumandang , maka niatkan berbuka seterusnya makan buah kurma .  Kalau tidak ada buah kurma minum sedikit air ! Ini di lakukan oleh baginda besar kita baginda muhammad s.a.w

Berzikir

Di bulan ramadhan yang mulia ini ! Tingkatkan juga , zikirullah . Kalau tidak pernah berzikir pada hari biasa berzikirlah secara sedikit dahulu yang penting istiqomah . Kalau boleh start 100 sehari dahulu kemudian 200 300 dan seterusnya !

Kalau dah biasa berzikir tingkatkan lagi berkali ganda ! Oi , tak nak ke rebut pahala yang berganda ? Rugi masa bulan puasa ini Allah janjikan gandaan pahala apa salah kalau kita gandakan juga amalan kita dengan mengingatinya dengan berganda-ganda !

Baca Al-Quran surah pendek pun jadilah

amalan mudah ketika bulan puasa
Bertadarus quran

Pada bulan puasa ini ramai di antara kita pasti berniat akan mengkhatamkan al-quran tepat 30 hari 30 juzuk ! SubhanAllah moga bertambah ramai lagi ada niat seperti itu insha Allah .

Tetapi kalau jenis yang quran pun tak pegang masa hari biasa . Time puasa je baru nak pegang saya nasihatkan kalian untuk baca surah-surah pendek sahaja ! seperti ayat di atas yang penting istiqomah ( berterusan ) .

Lainlah kalau ada tekad untuk 30 juzuk saya hormat dan bangga kalau ada jenis macam ni ! Semoga istiqomah dan mampu khatamkan quran selama 30 hari berpuasa !

#Jangan lupa untuk  Bertadarus al-quran semasa bulan puasa .

Jangan membazir ! Jangan jadi kawan syaitan !

Seterusnya pembaziran pada bulan puasa amat menjadi-jadi ! Bagi sesetengah orang kafir atau non-muslim mereka merasakan bulan ramadhan merupakan syurga makanan bagi mereka . Sebab beraneka makanan dijual di bazar-bazar ramadhan .

Jadi kita orang islam yang mana pembaziran itu merupakan satu perkara yang boleh mendatangkan dosa kepada kita berpada-padalah membeli makanan untuk berbuka !

So mengelak daripada pembaziran juga antara amalan mudah dalam bulan puasa ! Jangan jadi kawan syaitan , yang mana sikap syaitan itu suka membazir !

Kutip sampah amalan puasa mudah !

Seterusnya , amalan mudah yang boleh di praktikkan ialah mengutip sampah kecil dan membuangnya ke dalam tong sampah ! Niat untuk menjaga kebersihan

Yang kaki buang sampah merata-rata pula saya nasihatkan untuk membuat sampah anda dahulu ke dalam tong sampah . Dan jangan tambah sampah di lantai-lantai , tanah , dan sebagainya . Semoga ia juga antara amalan yang mentopap pahala !

Dengar alunan quran

Kalau quran inikan akan dapat pahala bila kita baca , dengar , tulis ! Jadi kalau tidak membacanya apa kata dengarkannya ! Melalui smartphone atau sebagainya .

Mungkin ada di antara kita kerja di office sambil buat kerja office pasang alunan quran perlahan pun apa salahnya asalkan kita mendengarnya ! Dari dengar dangdut , kpop dan sebagainya yang boleh mengurangkan pahala kita ( mungkin disebabkan gambar-gambar atau video muzik )

Pergi solat terawih !

Cemas tertinggal lagi perkara penting dan istimewa ketika ramadhan iaitu solat sunat tarawih ! Rugilah kalau tidak pergi tarawih ! Tarawih hanya 29 hari sahaja setahun . Jangan lepaskan peluang ! Ini masa topup pahala lebih dalam mencari keredaan Allah s.w.t !

Kalau tidak daya buat banyak-banyak buat lapan pun jadilah ! Sebab tu jangan makan banyak ketika berbuka . Nanti sifat malas akan menghantui diri !

#Nasihat# Jangan jadi hantu ketika orang buat solat terawih ! Mentang-mentang syaitan telah di rantai ramai pula jadi syaitan ketika solat terawih . Pergi bakar mercun berhampiran musolla atau masjid . Ini terjadi di kampung aku , budak bakar mercun lari terus bacaan surah imam !!

Bersedekah amalan yang mulia

Sedekah juga satu amalan mudah ketika bulan puasa ! Andai pergi masjid dan surau hulurkan seringgit dua kalau boleh rm10 kalau lagi berkemampuan lagi banyak ( mengikut kemampuan ) . ! Kalau tidak mampu 20 sen pun jadilah !

Jangan kedekut taik unta atau malu bagai bunga semalu ! 20 sen takkan tak mampu ? Carilah selik-selit meja ke insha Allah jumpalah 20 sen bawa ke masjid masuk tabung . Jangan malu nilainya sedikit tetapi malulah kalau nilainya besar tetapi riak .

Itu lah serba sedikit berkaitan dengan “ “ yang dapat saya kongsikan walaupun banyak lagi amalan yang boleh di lakukan !  . Semoga dapat di amalkan ! Dan moga puasa kita pada kali ini penuh kerahmatan , barakah dan maksimal dengan amalan !

 

 

13 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge