Andainya aku mencintai seseorang

0
61
views

Andainya aku mencintai seseorang : Tiba-tiba rasa malam ini aku nak berjiwang pulak walaupun macam tak kena dengan diri aku. Tapi apa salah kalau sesekali aku meluahkan perasaan betul tak?

Aku rasa baik korang stop baca sampai sini sebab artikel ini aku main tulis sahaja apa yang terkandung dalam isi hati. Tetapi insha Allah dalam penulisan ini aku tulis secara ikhlas tidak ada tidak aku menipu ( i trying my best to be honestly ). Cia cia cia aku tulis english sikit sebab nak ambik muet ūüėõ biarlah jahanam present past tense ape semua just nak improve sikit-sikit insha Allah ( doakan aku ye ).

Ok sudah-sudahlah tu merapu, sekarang kembali ke topik asal.Andai disebut perkataan cinta, itu adalah lumrah setiap manusia yang berakal. Sebagai manusia kita berhak untuk merasa perasaan cinta itu.

I love you
What is know i just love you <3

Tapi sebenarnya bagaimana rasa cinta? Boleh rasa ke cinta? Entahlah kalau nak ikutkan nak describe atau huraikan perkataan cinta itu sendiri boleh jadi 1 juta perkataan. Banyak definisi banyak pengertiannya.

Aku taknak lah tulis berkaitan dengan cinta kepada Allah dan Rasul. Bukan apa itu sudah menjadi kewajipan kita, nak atau tidak kita mesti cinta kepada sang pencipta kita dahulu dan mesti cinta kepada kekasihnya juga!

Ingat kata-kata aku ni ”¬†Andai kau bercinta dengan¬†sang pencipta, nescaya kau mendapat segalanya. Tetapi, andai kau hanya cinta kepada makhluk semata-mata tanpa mendapat cinta ilahi kau akan hilang segala-galanya ¬†“. Korang fikirlah sendiri malas aku nak cerita.

Jadinya sekarang, aku nak bercerita andainya aku mencintai seseorang.

Kalau aku sudah cinta atau menyukai gila-gila seseorang, apa yang aku selalu buat adalah aku amalkan satu doa yang diajar oleh ustazah aku masa sekolah menengah dahulu. Nak cakap ini doa cinta tak berani juga tapi bolehlah korang kalau korang nak anggap doa cinta sejati hehe.

Bacalah doa dalam arab sikit-sikit ( doa puji-pujian kepada sang pencipta ) lepas tu cuba amalkan doa ini. Ya allah ya tuhanku andai si dia adalah yang terbaik untukku dekatkanlah aku dan si dia dengan jalan yang kau redhai, Ya Allah ya tuhanku andai si dia bukanlah yang terbaik untukku kau pisahkan lah dia dan aku dan kau hilangkanlah perasaan cintaku ini pada si dia dengan jalan yang terbaik. Amiinn

Korang kalau nak tambah doa tu tambahlah. Sebab kita manusia ini lemah dan kita tak mampu untuk mengawal setiap perkara jadi kita kena selalu bergantung kepada sang pencipta, kepada yang maha besar.

Itulah doa yang aku amalkan dan alhamdulillah dulu aku pernah terjatuh cinta kepada seseorang yang lebih tua setahun dari aku. Memang cinta gilalah kat dia ( suka sangat-sangat ) sebab perwatakan dia yang lemah lembut, molek juga orangnya.

Mungkinlah sepanjang berkawan dengan dia, dia anggap adik ke macam mana entahlah tapi itulah aku selalu doa macam kat atas lama-lama perasaan suka sayang cinta itu hilang tanpa disedari.

Cinta itu adalah pengorbanan
Tak apa awak saya tahu cinta itu perlukan pengorbanan <3 Рgambar : http://all-free-download.com

Dan aku pernah juga sekali nampak dia dengan lelaki lain. Hmmm serius sikitpun tak jeles dan terasa kat hati. Ye lah kan orang cantik mesti nak sama padan, apa lah sangat yang ada pada diri aku nak dibandingkan dengan lelaki tersebut.

Aku bukan manusia yang mudah jatuh cinta aku sayang gila-gila kat orang.Tapi normallah lelaki bila pandang perempuan jatuh fuhh macam rasa jatuh cinta ( padahal suka sesaat sahaja ) maklumlah perempuan cantik. Bak kata orang lelaki mampu jatuh cinta dalam masa 15 saat .

Akupun sama suka tengok perempuan cantik tetapi normallah itu fitrah suka kepada benda yang cantik. Tapi jatuh cinta atau sayang dekat perempuan betul-betul bukan mudah untuk aku.

Ye aku tahu aku tidak harus bersikap memilih untuk berkahwin ( sedar diri ok ). Diri bukan semart manapun tapi ini aku punya pegangan selagi boleh pilih cuba pilih andai tiada pilihan baru terima sahaja sesiapa dengan hati yang terbuka ( dah kalau memang betul-betul tak ada pilihan ).

Hmm kalau aku suka gila-gila kat seseorang, aku bukan orang yang jenis muka tembok yang terus try. Aku cuba dekat-dekat dengan dia. Aku seseorang yang pasif dan lebih suka berdoa dan cuba tunjukkan aku sedang suka dekat seseorang itu.

Andai orang yang aku suka tadi tu sudah ada orang lain. Yeah satu benda yang aku akan buat adalah berdoa untuk dia selalu bahagia dengan orang tersebut. Aku tidak akan kacau hubungan diaorang sebab bagi aku andai orang lain mampu untuk bahagiakan dia dan dia bahagia dengan orang itu buat apa aku kacau?

Sebab kita sayanglah kita nak orang itu bahagia kan? Takkan kita nak kacau dan paksa dia suka kat kita nanti dia terseksa pula. Kalau aku aku lebih suka orang yang aku cinta bahagia kalau bukan dengan aku dengan orang lain.

Andai korang kenal aku mesti korang tahu rupa akukan ? Hahaha. Aku tak semart yes aku tahu tapi tak beerti aku tidak pernah bercinta kalau korang nak tahu, dulu aku pernah juga melalui benda ni tapi masa tu tak matang lagi.

Cinta cap monyet je masa tu, aku pun tak tahu macam mana perempuan tu boleh suka dan chatting dengan aku. Hmmm tapi putus sebab aku tak layan dia ( lol dah lah tak hensem pastu tak layan awek dengan baik lak ).

Bagi aku, aku rela main game dari main whatsapp dengan perempuan. Biarlah tak hensem tapi aku yakin andai Allah tetapkan jodoh sekian-sekian mesti kahwin juga aku nanti.

Awek atau game
Saya cuba setia dengan awak sebab tu saya main game – Ayat para gamer ??

Mesti korang tanya asal aku suka merendah diri atau macam hina diri sendiri? Lol bukan aku hina diri tapi aku bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi, walau aku tidak hensem atau kacak macam orang lain tetap aku bersyukur aku ada lagi nikmat lain yang Allah bagi.

Inilah kisah cinta putar belit aku dalam penulisan, tapi itulah intinya yang ikhlas dari hati aku. Korang nak tahu tak aku punya ciri-ciri perempuan idaman? Special untuk pembaca yang entahlah macam aku nak cakap pun aku tak tahu. Berikut adalah ciri-ciri perempuan yang aku tercari-cari tergila-gila ehehhe.

CIRI-CIRI PEREMPUAN IDAMAN

Aku suka perempuan 1st daripada muka dia yang educated, entahlah aku suka perempuan yang kat muka dia nampak macam dia bijak dan pandai. So bermakna aku memang suka perempuan yang pandai.  Sebab orang yang ada muka macam tu semua nampak ayu dan sopan je bila dipandang ( hurmmm <3 )

Aku suka perempuan yang berisi sikit, bukan kurus keding dan bukan gemuk gedabak. Sebab biasa muka orang yang ayu ni biasa yang aku jumpa semua nya agak-agak berisi. Dia macam sedang-sedang anda apa lagi bila dia pakai baju kurung ( Allahu rabbi, berciciran iman dibuatnya ).

Aku suka perempuan yang sedang-sedang tinggi, pendek sikitlah dari aku dalam kira-kira 157-163CM. Dan mestilah orang yang aku suka tu dia macam pendiam, Ya Allah comelnya ( tengah bayangkan ).

Begitulah serba sedikit ciri-ciri perempuan idaman aku. Hahaha, daripada aku sekolah menengah sampai nak habis diploma aku baru jumpa 3 orang. Dan alhamdulillah semuanya nampak dah berpunya.

First masa aku sekolah rendah sampailah ke sekolah menengah aku suka dia ni tapi itulah dia perempuan yang aku ceritakan pada awal artikel tadi yang aku cakap aku amalkan doa tu tiba-tiba hilang rasa cinta tu.

Yang kedua masa disekolah menengah aku nampak seorang yang perfect macam aku punya¬†ciri-ciri wanita idaman¬†tapi tulah dah berpunya dan sekarang aku tengok dia macam dah putus dengan boyfriend. Entahlah…

Dan yang ketiga baru sahaja aku jumpa. Itupun macam dah berpunya. Tak apalah aku hanya mampu berdoa dan berharap. Siapa aku? untuk buat dia suka dengan aku. Aku harap yang keempat adalah milik aku ūüėõ ehehehe. Doakan lah ye aku walaupun tak sempurna dapat ciri-ciri wanita idaman yang aku harapkan.

Kalau tidak ada juga hmmm tolonglah sapa-sapa yang ada anak ada kakak or adik yang sama umur dengan aku adjustlah sikit. Insha Allah aku janji aku akan jaga dia dengan penuh rasa sayang dan cinta.

Sebab CINTA PERTAMA DAN TERAKHIR, YANG SEBENAR-BENAR CINTA  aku akan berikan kepada isteri yang sebenar-benar isteri aku ! Insha Allah sayang abang akan setia dan akan jaga sayang bagai menatang minyak yang penuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge