Apa makna istilah rukun , syarat , sunat dan harus

0
60
views

Ini adalah sambungan artikel bagi “  Istilah ilmu feqah …… “ .Pada artikel ini saya akan menulis berkaitan dengan #apa itu makna rukun #apa itu makna sunat #apa itu makna harus .

Apa itu makna rukun ?

Rukun ialah perkara yang wajib kita lakukan dan ia adalah satu daripada bahagian hakikat sesuatu perbuatan seperti membaca surah al-Fatihah , rukuk , sujud dalam mendirikan sesebuah solat . Perkara-perkara ini dinamakan rukun .

Apa itu makna istilah syarat ?

Syarat pula ialah perkara-perkara yang wajib kita lakuka . Tetapi ia bukan satu juzuk daripada hakikak sesuatu perbuatan.

Bahkan ia adalah muqaddimah atau permulaan kepada sesuatu , seperti mengambil air wuduk sebelum mendirikan solat , harus menunggu waktu masuk solat sebelum mendirikan solat , dan wajiblah menghadap kiblat .

Semua perkara tersebut di luar daripada hakikat atau perbuatan solat tetap merupakan muqaddimah kepada menunaikannya yang mesti dilakukan bagi memastikan sembahyang yang akan didirikan itu sah .

—–Seterusnya Makna sunat ( al mandub )

Sunat ialah perkara yang dituntut oleh syarak supaya melakukannya tetapi dengan tuntutan tidak putus . Pelakunya diberi pahala jika melakukannya dan tidak berdosa jika tidak melakukannya .

Contoh : Sembahyang sunat Dhuha , sembahyang malam , berpuasa enam hari di bulan syawal dan lain-lain . Ibadat-ibadat ini akan diberikan pahala apabila dilakukan tetapi tidak bersao jika di tinggalkannya .

Sunat pula terbahagi kepada beberapa bahagian di antaranya sunat mua’kad atau sunat yang di tuntut dan lain-lain .

Tahukah anda ? Selain daripada perkataan sunat terdapat  beberapa isitilah sunat yang lain yang mungkin anda tidak tahu . Berikut di antara istilah sunat

Al mandub / Sunah / Sunat / Mustahabb / Tatowwu’ dan Nafl . Semua istilah sunat tersebut membawa makna yang sama .

Dan yang terakhir untuk perkongsian kali ini ialah apa itu makna istilah Harus .

Harus iaitu suatu perkara yang sama sahaja sama ada melakukannya atau meninggalkannya , kerana syarak tidak memerintahkan kita supaya meninggalkannya dan tidak juga memerintah kita supaya melakukannya .

Bahkan diberikan kepada kita kebebasan untuk melakukannya atau meninggalkannya secara pasti . Oleh itu itu perbuatan tersebut tidak diberi pahala atau dosa sama ada ia dilakukan atau ditinggal.

Firman Allah taala dalam surah Jum’ah ayat ke 10 .

Apabila telah ditunaikan sembahyang maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurniaan daripada Allah .

Jelas ayat di atas memberi makna bahawa bekerja selepas sembahyang adalah harus . Oleh itu terpulang kepada seseorang sama ada ingin melakukannya atau tidak .

Sekian sahaja artikel kali ini berkaitan dengan “ “ .

Artikel ini bersifat menyambung kepada “ Istilah ilmu feqah “ oleh yang demikian untuk mengetahui ilmu feqah silakan klik mana-mana link di bawah atau di atas .

Terima kasih kerana sudi membaca silahlah anda membuat pandangan atau mengaju soalan atau menkritik untuk artikel ini . Sekian terima kasih

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge