Bagaimana cara untuk menjadi Tenaga Pengajar di Institusi Kemahiran Awam atau Swasta di Malaysia

0
65
views

Bagaimana cara untuk menjadi Tenaga Pengajar di Institusi Kemahiran Awam atau Swasta di Malaysia : Kalau anda berminat untuk menjadi tenaga pengajar atau dengan bahasa mudahnya pensyarah di institut kemahiran berikut perkara yang perlu anda anda.

KELAYAKKAN

  • Anda mestilah seorang warganegara Malaysia yang berumur 20 sehingga 35 tahun
  • Anda mestilah lulus dalam SPM atau SPMV dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia ( BM ) dan Sejarah ( bagi semua calon SPM 2013 dan ke atas )
  • Anda mempunyai salah satu daripada kelayakan dibawah
    – Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia ( DLKM ) tahap 5
    – Diploma Kemahiran Malaysia ( DKM ) tahap 4
    – Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) tahap 3
    – Sijil daripada Suruhanjaya Tenaga dalam NOSS berkaitan
    – Ijazah daripada Universiti Awam & Institusi Pengajian Tinggi Swasta
    – Diploma daripada UA ( Universiti Awam ) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta / Institusi Latihan Kemahiran Awam / Institusi Latihan Kemahiran Swasta
    – Sijil daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam / Institusi Pengajian Tinggi Swasta / Institusi Latihan Kemahiran Awam

Kalau anda sudah menepati syarat dan kelayakkan diatas anda kini layak untuk memohon melanjutkan pengajian selama 9 bulan setengah di PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN ( CIAST ) dalam Sijil Pengajar Vokasional ( VTO ).

Yang mana setelah anda tamat pengajian anda boleh memohon sebagai seorang tenaga pengajar di mana-mana insitusi kemahiran bertauliah dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran ( JPK )

Bagaimana jadi tenaga pengajar di institusi kemahiran awam

Kalau anda berminat hanya bidang tertentu sahaja yang ditawarkan. Jika anda memiliki kelayakan dalam bidang tersebut, anda layak untuk memohon. Kepada mereka yang memiliki ijazah, diploma atau sijil bukan dalam bidang berkaitan, anda WAJIB memiliki pengalaman kerja dalam bidang tersebut sekurang-kurangnya 2 tahun. Berikut adalah bidang yang ditawarkan :

  1. Electrical & Electronics, Telecommunications & Broadcasting Industry
  2.  Information Technology & Communications
  3. Machinery & Equipment
  4. Mechanical & Electrical Service and Maintenance
  5. Transportation
  6. Packaging
  7. Interior Décor
  8. Business Management
  9. Printing
  10. Textile & Apparel
  11. Agriculture & Agrobased
  12. Resource Based
  13. Care & Community
  14. Arts & Culture
  15. Medical & Pharmaceuticals
  16. Hospitality & Tourism
  17. Souvenir & Small Enterprise
  18. Building & Construction
  19. Landscapping & Environmental
BERIKUT MERUPAKAN ANTARA KEMUDAH YANG DISEDIAKAN  :

Elaun sara diri
Yuran pengajian percuma
Latihan yang berkualiti
Kemudahan pembelajaran yang selesa yang merangkumi makmal, bilik kuliah, bengkel, sukan dan riadah

Oleh itu kepada anda yang ingin memohon, anda bolehlah pergi terus di laman web rasmi CIAST dengan TEKAN SINI

Tarikh akhir untuk membuat permohonan adalah pada 25 September 2017. Kalau anda berjaya dalam permohonan maka kemasukkan adalah pada bulan Januari 2018.

Oleh itu saya ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua yang membuat permohanan. Kongsilah kepada kawan-kawan yang lepas sijil , diploma dan ijazah, kerana ini adalah salah satu peluang untuk mereka menjadi seorang pensyarah dalam bidang kemahiran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge