Bahaya main laptop di atas tilam ? Ini yang perlu anda ketahui

1
70
views

Bahaya main laptop di atas tilam ? Mesti ada yang ingin tahu sejauh mana bahayanya bermain laptop di atas tilam ! Untuk kesihatan diri , atau mungkin untuk keselamatan laptop itu sendiri .

Aku tulis artikel ni disebabkan 2 hari lepas aku terperasan seorang brader ni post gambar laptop barunya . Aku pun saja usha sebab lawa :3 laptopnya dan rata-rata komen tentang keburukan bermain laptop atas tilam .

Cahaya main laptop di atas tilam
#Sumber Group Pc Gaming community ( Post oleh ahh jie )

Jadi aku searchlah google apa bahaya dan keburukan main laptop atas tilam . Hmm apa lagi banyaklah yang keluar , ada yang cakap berdasarkan fakta , ada yang cakap berdasarkan pengalaman , dan ada bercakap berdasarkan copy paste artikel orang .

Jadi berdasarkan sedikit pembacaan dan juga komen-komen yang ada di facebook dapat aku simpukan bahawa main laptop di atas tilam itu sangat bahaya dan banyak keburukan .

Bahaya main laptop di atas tilam ? Ini yang perlu anda ketahui

Keburukan pertama – Laptop akan cepat overheat : Berdasarkan komen kawan-kawan yang berada di facebook mereka mengatakan jika mengamalkan selalu main laptop di atas tilam , risikonya ialah laptop korang akan cepat overheat .

Jadi perlu ada sedikit pelapis untuk mengelakkan overheat kalau daif sangat boleh guna surat khabar kata salah seorang daripada ahli group gaming tersebut . Katanya surat khabar menyerap haba yang terbaik ? 

Serap haba dengan surat khabar
#Dia kata surat khabar boleh serap haba

Secara jujur baru aku tahu 😛 yang surat khabar memang boleh dijadikan sebagai penyerap haba . Selain itu , kalau dah ada laptop mahal takkanlah tak mampu beli kipas atau dikenali sebagai cooler ~

Yang kedua pula keburukan atau bahayanya main laptop atas tilam ialah , laptop korang akan dipenuhi hama-hama atau habuk-habuk .

Ia akan masuk di lubang-lubang bawah laptop . Menurut seorang blogger , kawannya mengalami kerosakkan dalam disebabkan selalu main atas tilam ! Motherboard rosak katanya .

Seterusnya , bahaya main laptop atas tilam ialah menyebabkan kebakaran . Ada dengar tak berita yang mana sebuah pasangan kehilangan anak mereka dalam kejadian rumah terbakar ?

Katanya punca kebakaran tersebut disebabkan meletakkan laptop diatas tilam terlalu lama .  Nak huraian panjang pasal kes ini korang boleh baca Disini

Untuk kes tersebut betul atau tidak aku tak tahu . Tapi ada banyak blogger yang menulis kejadian tersebut jadi aku berangapan berita tersebut 90% dianggap benar . . .

Jelas bukan banyak sebenarnya keburukan dari kebaikan . Jadi kalau boleh elaklah main laptop atas tilam . Aku dulupun kencang jugak main macam tu sebab kadang-kadang lebih selesa untuk layan movie , layan lagu . .

Tapi kurang selesalah untuk chatting bagai , tak tau lah korang minat chatting dengan cara macam tu . Kalau selesa tolong jangan diamalkan sebab banyak kemudharatan yang akan korang hadapi .

Ingat tak kata pepatah membendung lebih baik daripada mengubati . Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian hmm sambung sendiri .

Begitulah coretan yang dapat aku kongsikan kepada pembaca sekalian . Jadi terserahlah pada kalian .

1 COMMENT

  1. aku ada laptop masa zaman belajar tuh dulu.. masa tuh cepat sangat panas… bila dah panas, dia mati sendiri… aku belikan cooler.. baru ok … kalau letak direct terus memang ada bahaya dia… percentnya kita tak pasti sebab belum pernah berlaku pada aku… tapi tidak disarankan.. yela kita letak atas tilam sebab nak selesa baring gitu…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge