Bidaah dalam ilmu tasawwuf

1
53
views

PENGERTIAN BIDAAH

Isi Kandungan

Pengertian bidaah ialah semua amalan atau perbuatan yang direka atau diada-adakan yang bercanggah dengan amalan Rasululullah s.a.w. Yang mana amalan tersebut boleh merosakkan iman seseorang sebagaimana sabda nabi :

Bidaah dalam ilmu tasawwuf
bidaah ilmu tasawwuf

Sesungguhnya sebaik-baik perkataan ialah Kitabullah, sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk yang dibawa oleh Muhammad s.a.w. Sejahat-jahat perkara adalah perkara yang diada-adakan, setiap yang diada-adakan adalah bida’ah, setiap bida’ah adalah sesat dan setiap kesesatan berada dalam neraka. – Riwayat al-Baihaqi

Imam al-Syafi’e telah membahagikan bida’ah kepada dua bahagian iaitu

1, Bida’ah mahmudah ( Yang dipuji )

2. Bida’ah mazmumah ( Yang dicela )

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA BIDAAH DALAM AMALAN  TASAWWUF

  • Jahil tentang ajaran islam
  • Salah faham dalam menguasai ilmu pengetahuan yang disebabkan oleh kecuaian dirinya dalam memahami sesuatu ajaran terutama dalam persoalan ibadah
  • Tidak menuntut ilmu pengetahuan dengan seorang guru yang benar-benar mursyid.
  • Kerana inginkan sangjungan dan pujian dari pihak pemerintah serta mengaut kekayaan dunia

CONTOH-CONTOH FAHAMAN BIDAAH DALAM AMALAN TASAWUF

1) Fahaman yang hanya menumpukan persoalan ibadah semata-mata tanpa mementingkan persoalan-persoalan lain

Pandangan Islam : Islam menolak fahaman dan sikap sebegini kerana islam adalah agama yang syumul dan seimbang antara persoalan dunia dan akhirat.

2) Fahaman yang menganggap bahawa ahli sufi atau tasawuf mestilah mengasingkan diri daripada orang ramai dan masyarakat, kononnya ingin mendekatkan diri kepada Allah.

– Pandangan Islam : Pandangan ini adalah salah dan tidak menepati fakta agama

Imam al-Baihaqi ada meriwayatkan hadis yang berbunyi :-

Seseorang telah pergi ke sebuah bukit untuk mengasingkan diri beribadat disana, lalu dia pergi berjumpa Rasulullah untuk meminta kebenaran, lalu baginda bersabda. Janganlah kamu lakukan dan juga sesiapa saja di kalangan kamu, kerana sabar dalam menghadapi masyarakat islam adalah lebih baik baginya daripada beribadah empat puluh tahun.

3) Fahaman yang menganggap bahawa segala harta benda dan rupa bentuk kekayaan adalah perhiasan dunia belaka dan mesti dipisahkan sama sekali dalam kehidupan. Harta boleh melalaikan manusia dari mengingati Allah dan merosakkan tumpuan manusia terhadap ibadah.

– Pandangan Islam : Pandangan ini bertentangan dengan ajaran dan tuntutan islam. Ini kerana islam turut memberi perhatian terhadap harta.

Rasulullah s.a.w sendiri pernah berdoa kepada Allah taala agar menghindarkan diri daripada sifat-sifat kefakiran. Sabda Baginda

Maksudnya: “Wahai tuhanku, aku memohon perlindungan dengan-mu dari kefakiran, azab kubur, fitnah kehidupan dan fitnah kematian”

Dan terdapat banyak lagi bidaah dalam ilmu tasawwuf.

KESAN-KESAN BIDA’AH DALAM TASAWUF

1- Rosak akidah, murtad atau syirik

2- Amalan dan ibadah seseorang itu tidak diterima

3- Menyebabkan perpecahan dan permusuhan sesama umat islam

4- Membuka peluang kepada golongan tertentu untuk mendapatkan kepentingan diri sendiri di dunia ini

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge