Bilalah boleh cashout duit dari popcash

0
32
views

Artikel kali ini aku nak buat sikit coretan tentang bilalah aku akan dapat duit dari popcash ! Walaupun aku baru sahaja fokus dalam mendapatkan duit sampingan dari popcash .

Aku dah register pocash dari tahun 2014 , tapi daftar sahaja tak pernah nak seriuspun letak code iklan . Baru tahun ni , aku letak iklan di 2 buah blog movie aku . Kalau ada yang tertanya-tanya apa blog apa korang carilah sendiri .

Ataupun korang personal inbox dekat facebook . Ada sebab aku malas kongsi kat dalam blog personal ni .

Berbalik pada cerita asal bilalah boleh cashout duit dari popcash ?

Bilalah nak keluar duit popcash
Cash popcash aku

Hmm tengoklah baru 7.2870$ , nak cashout kena tunggu sampai 10$ . Berapa hari atau berapa bulan lagilah aku boleh merasa duit daripada popcash ni . . . .

Apa itu popcash ? 

Popcash ialah sebuah website periklanan . Anda boleh menjadi publisher atau anda juga boleh mempromosikan blog anda di dalam website tersebut .

Untuk jadi publisher anda hanya perlu daftar dan daftarkan nama domain blog anda . Untuk jadi pengiklan juga anda perlu daftar dan buat kempen baru yang penting anda perlu depositkan duit ke dalam akaun popcash anda terlebih dahulu .

Boleh dapat duit dari popcash , boleh percaya ke ? 

Kalau untuk soal ini aku tak boleh beri jaminan 100% tapi daripada pengalaman dan juga perkongsian blogger-blogger lain banyak mengatakan mereka pernah dapat duit daripada popcash .

Jadi macam mana cara popcash ini bekerja ? Dia macam ini , kalau korang perasan ada sesetengah blog bila korang masuk klik je mana-mana akan keluar popup iklan , domain link dia popcash.net …… itu bermakna dia memasang code popcash .

Baca artikel : Cara block iklan dengan mudah

Jadi setiap kali klik si pemilik blog akan dapat bayaran sebanyak 0.000* . Sikit je dia punya bayaran . So banyak yang masuk blog tersebut dan klik ( mana-mana tempat dalam blog tersebut ) maka pemilik blog akan terima bayaran .

Berapa jumlah minimum untuk keluarkan ( cashout ) duit dari popcash  ?

Untuk keluarkan duit dari popcash minimum ialah 10$ aku dah cakap kat atas tu . Untuk keluarkan duit daripada paypal ada beberapa alternatif iatu mengunakan akaun paypal , payzaa skrill dan lain-lain

Tapi aku yakin majoriti pakai paypall . Dan bayaran biasanya akan dibuat paling lama 7 hari dan biasanya 1 hari atau 2 hari . Aku rasa bergantung kepada ramai mana yang nak keluarkan duit dari popcash pada bulan atau minggu tersebut .

Macam mana nak daftar popcash ? 

Untuk daftar popcash anda pergi ke sini . Isikan form-form yang diberi dengan maklumat yang betul . Setelah itu konfirmkan akaun tersebut di e-mel anda .

Di dashboard , pergi ke publisher – website – add new website . Tunggu pengesahan daripada popcash biasanya 1 hari blog anda akan diterima .

Letakkan iklan popcash di blog 

Untuk letakkan iklan popcash di blog , ambik ( get code ) . Pilih nama blog anda , salin code yang diberi dan letakkan di dalam blog anda iaitu di html template , letakkan sebelum </body> .

Atau untuk pengguna wordpress , letakkan di editor – header.php dan letakkan iklan dibawah head .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge