Blog sebagai tempat jana pendapatan atau sekadar hobi ?

2
60
views

Blog sebagai tempat jana pendapatan atau sekadar hobi ? : Jam menunjukkan jam 4 pagi, hari ke dua raya. Jadi rasanya pada pagi yang sejuk teramat ini ( yang disebabkan hujan lebat ) saya ingin mengambil kesempatan atau ruang untuk menulis sebuah artikel.

Tengok pada tajuk artikel mesti korang sudah terpikir-pikir apa lah yang cuba nak disampaikan oleh saya pada kali ini ( uish macam berangan seorang diri ). Baiklah, kita mula artikel kita dengan memejamkan mata dan berpikir sejenak.

sambil menulis sambil menjana duit
sambil menulis sambil menjana duit

NAK JADI BLOGGER SEPENUH MASA ATAU SEPARUH MASA atau mungkin langsung tiada keinginan nak jadi blogger? Kalau langsung tiada keinginan nak jadi blogger bolehlah korang stop baca sampai sini.

Ha yang korang yang belum stop ni sudah pikir nak jadi blogger yang mana satu? Kalau dah ni sedikit ulasan daripada saya, tulisan ini hanya sekadar pandangan peribadi saya daripada pemerhatian sekeliling.

JANA PENDAPATAN DENGAN BLOG

Kalau nak jana pendapatan dengan blog, anda boleh memilih untuk menjadi blogger sepenuh masa dan juga blogger part time lah bak kata orang putih. Apa beza 2 blogger ni?

Macam ni kawan-kawan sekalian daripada perkataan sepenuh masa dan juga separuh masa atau dikenali dengan part time itu pun sebenarnya sudah memberikan bayangan macam mana kerjaya blogger-blogger tersebut !

Blogger sepenuh masa ialah seseorang yang tidak bekerja lain melainkan menguruskan blog semata-mata. Pendapatannya bergantung daripada blognya sahaja. Jadi mereka yang betul-betul berani mengambil risiko sahaja yang mampu untuk jadi blogger sepenuh masa.

Kalau di indonesia ramai blogger sepenuh masa, kalau di Malaysia saya kurang pasti, tetapi kalau tidak silap saya salah seorang blogger sepenuh masa di Malaysia ialah bro Hasrul Hassan. Cari sahaja di google mesti jumpa blog dia.

Blogger sepenuh masa ni akan cari pelbagai cara untuk datangkan income contohnya google adsense, promote produk orang dan bermacam-macam lagi. Biasa mereka akan buat banyak blog dan tidak hanya bergantung kepada satu blog sahaja.

Kalau betul-betul jadi blogger sepenuh masa insha Allah pendapatan yang diterima lebih daripada orang makan gaji. Cuba cari seorang blogger nama Eka Lesmana dari indonesia beliau berjaya menjana lebih daripada 1K USD setiap bulan daripada adsense sahaja.

Dan banyak lagi kejayaan blogger sepenuh masa.

Bagi blogger part time pula mereka ini ada kerja lain dan main blog sekadar tempat mereka berkongsi dan ramai juga telah menjana pendapatan walaupun sekadar part time.

Bahkan saya sendiri walaupun masih belajar alhamdulillah pendapatan daripada blog saya da banyak terima walaupun tidak konsisten setiap bulan tetapi mesti ada. Alhamdulillah.

Blogger part time biasanya menjadikan menulis sekadar hobi dalam masa yang sama tidak melepaskan peluang untuk menjana pendapatan seperti blogger sepenuh masa.

Bak kata orang sambil menyelam sambil minum air. So jadikan hobi menulis sebagai satu hobi yang menjana wang.

Risiko yang dihadapi oleh blogger separuh masa adalah jauh lebih rendah berbanding risiko blogger sepenuh masa. Sebab side income datang daripada pelbagai sudut.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge