Bola sepak final sukan sea 2017 : Stadium Shah Alam dipilih sebagai venue perlawanan

2
33
views

 Stadium Shah Alam dipilih sebagai venue perlawanan akhir bola sepak diantara pasukan Malaysia yang akan turun menentang pasukan Thailand.

Ini berdasarkan kepada laporan media yang dibuat oleh Persatuan bola sepak Malaysia ( FAM ).

” KUALA LUMPUR: Stadium Shah Alam telah dipilih sebagai tempat bagi perlawanan akhir bola sepak lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) antara pasukan Malaysia dan Thailand pada Selasa (29 Ogos).

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan hari ini telah membuat pengumuman perkara itu selepas satu mesyuarat penyelarasan dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Datuk Lokman Hakim Ali pagi ini.

Baca Juga : Perlawanan akhir Thailand vs Malaysia Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

“Perlawanan akhir bola sepak lelaki Sukan SEA 2017 antara Malaysia dan Thailand akan diadakan di Stadium Shah Alam dengan harga tiket bernilai RM21.20 (termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)),” menurut kenyataan itu.

sukan sea perlawanan bola sepak
Sumber : Astro Awani

Perlawanan akan dimulakan tepat pada jam 8:45 malam.

Sebelum ini, venue bagi acara yang menawarkan ibu segala pingat itu dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil sekiranya ia melibatkan pasukan negara beraksi di pentas akhir.

Malaysia mengesahkan tempat di final selepas menundukkan Indonesia 1-0 pada aksi separuh akhir semalam, manakala Thailand turut mara setelah mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Myanmar dalam satu lagi perlawanan.

Dalam pada itu, perlawanan penentuan pingat gangsa antara Indonesia menentang Myanmar akan diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 4.30 petang pada hari yang sama”.

Sumber : BERNAMA

Untuk itu kenyataan yang mengatakan perlawanan akhir sukan sea akan diadakan di Stadium Bukit Jalil dapat disangkal dengan adanya kenyataan media ini.

Ayuh semua penyokong bola sepak berikan sokongan anda kepada harimau muda yang akan beraksi menentang pasukan gajah putih. Tidak kira menang atau kalah terus berikan sokongan anda kepada harimau malaya. Tunjukkan sifat kesukanan yang tinggi.

Nasihat saya kepada semua penyokong agar tidak membuat kekecohan semasa perlawanan agar menjaga imej negara seterusnya menunjukkan bahawa penyokong bola sepak Malaysia adalah matang dan bertamadun.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge