Buat semakan untuk pendaftaran MUET sesi November 2017

0
33
views

Pada tahun ini saya akan mengambil MUET ( Malaysia University English Test ) iaitu pada bulan november ini. Sebenarnnya saya sudah bercadang lama untuk mengambil muet ini sebagai satu persiapan untuk menyambung degree nanti kalau ada rezeki.

Jadi selepas membuat pendaftaran sudah lama juga tak up to date dengan muet ini sehinggalah tadi apabila terperasan satu banner membuat semakan pendaftaran muet sesi november ketika sedang menulis satu artikel.

cara membuat semakan pendaftaran MUET NOVEMBER 2017
Sedang sibuk tulis tutorial untuk orang lain sampai lupa untuk buat semakan pendaftaran untuk diri sendiri. Hehehe

Ha bagi korang calon muet bagi sesi julai yang lepas korang boleh cek korang punya result pada bulan oktober nanti di awal bulan .

Korang boleh baca : Semakan Keputusan Muet Julai 2017

Ha sekarang berbalik semula pada kisah saya iaitu buat semakan untuk pendaftaran. Bagi korang yang tidak tahu caranya berikut saya kongsikan bagaimana untuk menyemak keputusan pendaftaran muet.

SEMAK KEPUTUSAN PENDAFTARAN MUET

Untuk membuat semakan keputusan pendaftaran MUET, apa yang perlu korang buat adalah hantar mesej seperti berikut.

  • MUET [ jarak ] INFO [ jarak ] NO KAD PENGENALAN dan Hantar ke 15888

Selepas itu akan ada satu mesej balas yang tempat peperiksaan muet anda.

Walaupun korang isi tempat nak jawab muet di tempat yang korang suka kadang-kadang diaorang akan hantar ke pusat lain kalau tempat itu penuh.

Macam saya, saya daftar muet untuk di jawab di SMK PAYA BESAR KUANTAN akan tetapi pusat itu mungkin penuh dan saya telah ditolak untuk menjawab MUET di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Kuantan.

So korang bolehlah check pusat muet korang sekarang dengan cara diatas. Semoga berjaya kepada semua calon MUET sesi November. Doakan saya dan kawan-kawan untuk berjaya juga ye.

SEMAKAN ONLINE PENDAFTARAN MUET NOVEMBER 2017

UPDATE : Untuk korang yang nak buat semakan secara online pula korang bolehlah semak melalui laman web di bawah. Korang akan dapat tengok jadual peperiksaan muet november 2017 sekali.

jadual peperiksaan muet november 2017

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge