Budget raya aku di aidilfitri 2017

0
81
views

Budget raya aku di aidilfitri 2017 : Alhamdulillah sampai juga ke hari raya 🙂 syukur dapat sempurnakan ramadhan selama 1 bulan dengan pinjaman kesihatan yang baik daripada Allah taala. Jadinya hari ini aku nak share aku punya budget raya tahun ni.

Entahlah nak share riang raya macam cliche sangat pagi-pagi raya ni so aku share budget aku jela ye.

Tapi sebelum tu guys aku nak cerita sikit tahun lepas punya raya aku punya budget hanya beli selipar raya sahaja sebab pakaian semua mak siapkan sebab sedondon.

Tapi raya kali ni kitaorang tak sedondon la pula mungkin lambat tempah baju ke ape aku pun tak pasti. So budget raya 2017 aku dapat daripada family ( hmmm belum bekerjaya lagi ) adalah sebanyak RM300.

Alhamdulillah 300 tu dah banyak bagi aku beraya sakan boleh dengan RM300 tu.

Daripada RM300 tu aku belilah beberapa benda baru. Bukan apa sebab hari raya ni kita kena rai kan sebab Rasulullah s.a.w sendiri menyuruh kita untuk meraikan hari raya tetapi mestilah ada dia punya batas-batasannya.

HADIS RASULULLAH BERKAITAN DENGAN HARI RAYA 

“Dari Ja’far bin Muhammad, dari ayahnya, dari datuknya, bahawa Nabi Shallallahu ‘alayhi wa Sallam memakai pakaian jubah pada setiap hari raya”. (HR. Asy-Syafi’i dan Al Baihaqi didalam As-Sunan alKubro)

Berbalik cerita aku daripada RM300 tadi aku beli lah kurta di Lovender Boutique di StarMall Mentakab. Harga sehelai kurta RM75 ringgit. Mula-mula aku nak beli warna merah tapi memandangkan kulit aku sedikit kurang cerah aku ubah fikiran untuk matching kan kolor kulit dengan baju. Maka hasilnya seperti gambar dibawah ( Sory tak banyak lagi gambar jadi aku main guna jelah gambar awal-awal shoot untuk tontonan semua.

gambar aku dan adik perempuan aku
Ok tak kolor kurta yang aku pilih ni ?? Harap-harap matching lah ahaha

Maka daripada budget tadi aku hanya tinggal RM225. Jadinya malam raya kitaorang pergi shopping ke expo di temerloh pula. Aku dan seorang sahabat aku jalan punya jalan berkenan pula ke sepasang kasut adidas maka melambung lah duit aku sebanyak RM50.

Kasut raya 2017
ni lah kasut raya 2017 aku

Actually aku bukan peminat kasut sebenarnya tapi disebabkan kena ayat-ayat manis daripada member aku terbelilah aku kasut adidas.

Tinggallah duit aku RM175. Cukuplah tu aku belanja untuk aku punya raya sebab henfon aku tengah rosak. So kawan-kawan please pray for my vivo x5 hahahaha. Tak kot nak baiki balik sebab da rosak teruk dengan motherboardnye screen crack and kamera belakang crack huhu.

Eh-eh apa kene mengena dengan phone pulak ni? Hehe actually aku nak beli phone baru guna budget raya tu 😛 Tu je heheheheh

Jadi begitulah kisah daripada budget hari raya aku ! Menyesal tak baca aku punya celoteh ^_^ . Korang punya budget macam mana pula share lah !

Jom layan lagu baru raya ni daripada loqman podoski dan adib

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge