Cara bayar pinjaman ptptn secara online

0
127
views

Cara bayar pinjaman ptptn secara online : Buat semua peminjam ptptn anda kini boleh membuat bayaran balik ptptn secara online menerusi kaedah baru yang diperkenalkan oleh pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

Kaedah bayaran ini dinamakan sebagai Direct Debit Online. Ianya boleh diguna pakai semenjak daripada 14 April 2017 lagi.

Dengan adanya sistem ini peminjam tidak lagi perlu untuk bersusah payah ke pejabat PTPTN dengan mengisi borang segala bagai. Semuanya atas talian. Tahniah saya ucapkan kepada pihak ptptn atas penambah baikan ini tidaklah sistem anda terlalu kuno.

bayaran balik ptptn secara online
Direct Debit Online yang diperkenalkan oleh PTPTN

Sebagai informasi tambahan sistem Direct Debit Online ini juga bukan sahaja memudahkan peminjam tetapi ianya juga memberi manfaat kepada Pendeposit SSPN-i.

Dan kepada peminjam PTPTN yang masih tertunggak atau yang pernah namanya disenarai hitamkan oleh pihak ptptn anda boleh menggunakan sistem ini untuk membuat pembayaran balik. Anda juga diberi insentif diskaun 10% sehingga 31 DISEMBER 2017. So jangan tunggu lama-lama.

Cara membuat permohonan direct debit online ptptn

Sebelum itu seperti yang saya jelaskan di awal tadi bahawa sistem ini adalah satu sistem yang memberi kemudahan kepada peminjam ptptn untuk membuat pembayaran secara online. Ia bekerja dimana peminjam memberi kebenaran kepada pihak ptptn untuk memotong  duit simpanan secara berskala daripada akaun simpanan peminjam.

Syarat-syarat permohonan

  • Permohonan Direct Debit Online adalah untuk bayaran balik pinjaman atau deposit simpanan adalah untuk Akaun Pinjaman yang berbaki hutan/Akaun Simpanan yang masih lagi aktif
  • Jumlah permohonan bagi bayaran balik mestilah sama atau melebihi ansuran bulanan yang telah ditetapkan. Bagi deposit simpanan jumlah minimun yang dibenarkan adalah sebanyak RM20
  • Akaun bank yang digunakan untuk melaksanakan sistem ini hendaklah aktif.

Cara untuk memohon

  1. Anda boleh daftar permohonan di http://www.ptptn.gov.my/direct_debit.html
  2. Sila tekan butang Permohonan Direct Debit
  3. Untuk permohonan direct debit pinjaman sila klik mohon direct debit pinjaman dan masukkan nombor ic korang selepas itu klik link penyata pinjaman yang dipaparkan.
  4. Untuk membuat permohonan direct debit sspni sila tekan butang direct debit deposit sspni
  5. Masukkan kad pengenalan dan klik semakan penyata sspni.
  6. Masukkan nombor kad pengenalan pendeposit dan masukkan kata laluan
  7. Selepas masuk ke penyata simpanan klik pendaftaran direct debit.

Bank yang boleh digunakan untuk pendaftaran direct debit online ptptn

  1. Maybank
  2. Maybank Islamic Bank
  3. Cimb Bank
  4. Cimb Bank Islamic
  5. Bank Islam
  6. Bank Rakyat
  7. Public Bank
  8. Public Islamic Bank
  9. Hong leong Bank
  10. Hong Leong Islamic Bank
  11. Rhb Bank
  12. Hsbc
  13. Standard Chartered
  14. Osbc Bank

Sebarang masalah anda boleh hubungi langsung pihak ptptn secara langsung. Artikel ini diterbitkan sebagai hebahan kepada pembaca. Sumber : https://www.infopelajar2u.com/permohonan-bayaran-balik-pinjaman-melalui-kaedah-direct-debit/

{ Baca Juga } – Cara membuat surat pengurangan bayaran balik ptptn

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge