Cara cash out duit popcash dengan mudah

2
68
views

Cara cash out duit popcash dengan mudah  : Selepas beberapa hari aku cash out duit aku dalam popcash akhirnya tadi e-mel masuk mengatakan duit sudah selamat sampai ke dalam akaun paypal. Alhamdulillah dapat la 9.80 usd kira-kira dalam 40 ringgit malaysia.

Cukuplah tu untuk aku bayar duit domain untuk 1 tahun akan datang. Jadi pada artikel ini aku akan buat sedikit tutorial cara bagaimana untuk cash out duit popcash korang dengan mudah terus ke akaun paypal.

cara keluarkan duit daripada popcash
Duit popcash aku

Pertama sekali, pastikan korang punya paypal sudah mencukupi sekurang-kurangnya 10 Dollar. Jika belum cukup korang tidak layak untuk cash out duit dari popcash. Ini disebabkan syarat minimal duit yang perlu korang ada ialah 10usd.

Sekiranya korang sudah ada 10usd, maka bolehlah korang ikuti langkah-langkah berikut untuk korang keluarkan duit korang daripada popcash.

CARA KELUARKAN DUIT POPCASH

  1. Masuk dulu ke dalam akaun korang
  2. Lihat user dashboard di sebelah kiri skrin korang
  3. Tekan Billing
  4. Lepas tu dia akan keluar sama ada ” Deposit ” atau ” Cash Out “
  5. Tekan Cash Out bagi tujuan keluarkan duit daripada akaun korang
  6. Tuliskan jumlah yang ingin korang bawa keluar. Kalau rasa nak bawa semua duit keluar maka isikan tempat korang tersebut dengan ” 10 USD “
  7. cashout popcash 2017
    Akan keluar seperti ini dan yuran akan dikenakan sebanyak 0.20

     

  8. Sahkan cash out tersebut
  9. Dan selesai

Apa yang perlu anda lakukan adalah menunggu. Kebiasaannya dia akan ambil masa dalam 1 ke 2 hari. Macam aku punya permintaan dibuat dalam masa 1 hari lebih.

Dan jangan pelik bila korang terima duit akan kurang sedikit dari jumlah yang korang minta sebabnya yuran akan dikenakan atas setiap cash out yang korang buat. Macam aku cash out 10usd maka caj yang dikenakan adalah sebanyak 0.20USD

Akhir kata dari aku, popcash ni boleh buat duit dengan mudah sebab aku jana duit daripada popcash ini bukan dari blog ini tetapi dari satu blog yang mana blog tersebut aku biarkan begitu saja. Blog apa ? biarlah rahsia 😛 Yang penting blog tersebut bukanlah blog-blog yang mendatangkan dosa.

Selamat maju jaya kepada semua blogger. Semoga lebih semangat untuk membuat duit online dengan mengguanakan flatform blog.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge