Cara masak Udang Sos Lada Hitam

0
123
views

Cara masak Udang Sos Lada Hitam : Artikel kali ini merupakan artikel yang pertama untuk satu kategori baru dalam blog peribadi saya ini.

Jadi pada hari ini saya ingin kongsikan kepada pembaca semua resepi masak udang sos lada hitam. Jom baca apa dia resepinya dan bagaimana cara untuk memasak udang sos lada hitam ini sebenarnya ?resepi udang sos lada hitam

RESEPI UNTUK MASAK UDANG SOS LADA HITAM

Bahan-bahan yang perlu anda sediakan adalah seperti berikut :-

  1. 2 Sudu lada hitam – pastikan lada tersebut telah ditumbuk
  2. 5 Biji bawang merah – dihiris
  3. 3 Ulas bawang putih – dihiris
  4. 1 biji bawang besar – dihiris
  5. 1 Sudu makan tepung jagung
  6. Setengah cawan air
  7. 3 Sudu makan minyak masak
  8. Garam secukup rasa
  9. Daun bawang
  10. Dan paling penting udang – 500 Gram

CARA MASAK UDANG SOS LADA HITAM

  • Panaskan minyak dalam kuali mengunakan minyak yang telah disediakan dan gorengkan semua jenis bawang tersebut sehingga ada naik bau wangi
  • Seterusnya masukkan udang yang telah dibasuh ke dalam kuali sehingga masak
  • Bancuhkan tepung jagung dengan air dan garam dan masukkan dalam kuali
  • Kacau sehingga rata
  • Dan masukkan cili merah dan daun bawang untuk dijadikan sebagai hiasan.
  • Kini udang sos lada hitam anda siap disediakan.

Selamat mencuba ~

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge