Cara membuat semakan kemasukan PLKN secara online dan sms 2017

0
118
views

Cara membuat semakan kemasukan PLKN secara online dan sms 2017 : Artikel ini bagi mereka yang ingin membuat semakan untuk kemasukan plkn secara online dan sms bagi sesi 2017.

Jadi sebelum itu, untuk informasi pembaca sekalian latihan plkn 2017 atau PLKN 2.0 ini untuk remaja yang dilahirkan pada tahun 1997, 1998 dan 1999 dan ianya telah pun berwajah baru. Untuk itu Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan lima modul dan 3 sub-modul dalam program ini.

Anda boleh membuat rujuan modul baru latihan plkn ini di : MODUL PLKN 2.0

cara membuat semakan plkn 2017
cara membuat semakan plkn 2017

Cara membuat semakan PLKN 2017 secara Online ( Atas Talian )

Untuk membuat semakan ini anda hanya perlu melayari laman web dibawah bagi melakukan semakan sama ada anda terpilih untuk menyertai plkn 2.0 ini atau tidak.

Untuk berbuat demikian silalah pergi ke : Semakan Penempatan Pelatih

Untuk makluman sekalian juga tempoh latihan Khidmat Negara di kem penempatan yang telah ditetapkan akan bermula pada 18 Mac 2017 sehingga 16 mei 2017 selama tempoh 2 bulan melibatkan pelatih kumpulan 1 siri 14 tahun 2017.

Manakala bagi sesi 15 Julai 2017 akan berlangsung sehingga 13 September 2017 adalah bagi panggilan kumpulan ke-2. Dan bagi kumpulan terakhir iaitu bagi mereka kumpulan ke 3 pula akan bermula 30 September 2017 sehingga 28 November 2017.

Semakan PLKN 2017 melalui SmS

Untuk membuat semakan calon diterima atau tidak sila taip PLKN SEMAK [ No Kad Pengenalan anda ] dan hantarkan ke 15888

Untuk membuat semakan Kem sila taip PLKN KEM [ No KP anda ] dan Hantarkan ke 15888

Setiap sms yang berjaya dihantar caj sebanyak 0.15 akan dikenakan dan sms yang diterima akan dikenakan RM0.20 ia adalah mengikut kepada caj telco

Pemilihan pelatih PLKN 2017 ( 2.0 )

Pada kali ini pemilihan untuk pelatih adalah berdasarkan sukarela bagi pelajar tingkatan 5 yang berminat melanjutkan latihan kemahiran teknikal. Selain itu pencalonan murid juga boleh dicalonkan oleh guru masing-masing dan ianya perlu mendapat persetujuan ibu bapa pelajar tersebut.

MAKLUMAT LANJUT

Bagi sebarang soalan anda boleh tanya secara langsung kepada pihak PLKN. Untuk itu anda boleh menghubungi mereka Centre 03-4027 4747 atau 03-4027 4227.Untuk menghubungi mereka hendaklah dalam waktu pejabat iaitu 8 pagi sehinggi 5 petang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge