Cara membuat semakan keputusan permohonan Murid Darjah 1 2018

0
342
views

Cara membuat semakan keputusan permohonan Murid Darjah 1 2018 : Kepada penjaga yang telah membuat pendaftaran atau permohonan kemasukan anak mereka ke tahun 1 ambilan 2018 kini anda boleh menyemak keputusan permohonan secara online.

Bagi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Pulau dan Pulau Pinang boleh disemak semenjak 16 Julai 2017. Untuk negeri-negeri lain pula tarikh semakan adalah pada 1 Ogos 2017.

Cara membuat semakan keputusan permohonan murid ke darjah 1 2018 secara online

cara membuat semakan keputusan online murid ke darjah 1

MAKLUMAT PENTING : Selangor / Wilayah Persekutuan / Putrajaya / Pulau Pinang – Boleh disemak bermula pada 16 Julai 2017

Selain daripada negeri diatas anda boleh semak bermula 1 Ogos 2017.

Anda boleh membuat semakan secara online dengan melayari https://public.moe.gov.my/  . Setelah itu penjaga haruslah memasukkan butiran yang diminta iaitu Kad Pengenalan dan Kata laluan. Kemudian daftar masuk.

Buat pengetahuan penjaga semua, permohonan ini telah dimula pada 1 Mac 2017 sehingga 30 April 2017. Semua penjaga di semua Negeri kecuali Sabah, Sarawak dan W.P Labuan diminta untuk memohon secara atas talian. Manakala negeri-negeri yang dikecualikan itu akan memohon secara manual melalui sekolah.

Sekian sahaja sebarang pertanyaan bolehlah hubungi pihak yang berkaitan atau pergi ke mana-mana pejabat pendidikan daerah yang terdekat. Semoga anak tuan dan puan-puan diterima masuk ke darjah satu atau tahun satu 2018 2019.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge