Cara untuk menulis tulisan jawi di komputer

3
203
views

Bagi memenuhi rutin harian saya untuk sentiasa mengupdate blog walaupun satu artikel sehari . Jadi hari ini akan saya kongsikan bersama teman pembaca sekalian cara bagaimana anda boleh untuk menulis tulisan jawi di dalam komputer atau laptop anda .

Perkongsian yang sederhana ini akan saya susuli dengan sebuah video tuturial . Cukup mudah sebenarnya untuk menulis tulisan jawi tanpa menggunakan sofware .

چونتوه توليسن جاوي سڤرتي اين 

Cara membuat tulisan jawi di komputer

Pada perkongsian ini saya anda perlukan koneksi internet  . Sekiranya anda hanya ingin menggunakan tulisan jawi secara offline cubalah cari mana-mana sofware yang memberi kemudahan tersebut .

Disitu korang boleh tukar tulisan jawi ke rumi dan juga tukar tulisan rumi ke jawi dengan mudah .  panduan di video dibawah .

Seperti yang saya katakan diawal tadi untuk sertakan video panduan dibawah merupakan video bagaimana cara menggunakan jawi.ukm.my :

Untuk itu anda bebas untuk menggunakan tulisan jawi berkenaan sama ada di microsoft , blog dan sebagainya . Untuk pengunaan photoshop pastikan anda mempunyai font arabic dahulu . Biasanya font telah diinstall ( kalau korang semua paste tulisan di photoshop tapi dia jadi terbalik korang kena tukar setting  )

Cara untuk tulis arab / jawi di photoshop

Cara untuk membuat agar photoshop anda tidak merapu semasa anda pastekan tulisan jawi ialah dengan cara menukar jenis mesin penulisan .

Untuk itu ikuti langkah di bawah agar tulisan arab atau jawi tidak ditulis satu persatu di photoshop

  • Masuk ke photoshop
  • Menu ” Edit “
  • Ambil ” Preferences ” di bahagian paling bawah
  • Setelah itu ” Type “
  • Ubah ” Choose text engine option “
  • Daripada ” East asian ” ke ” Middle Eastern
  • Restart photoshop

Itulah cara agar tulisan jawi anda dapat di kesan untuk menulis di photoshop . Contohnya dibawah saya menulis nama saya sendiri ” Khairulanwar bin mohd dahlan ” dalam menggunakan tulisan jawi .

Cara untuk menulis tulisan jawi di komputer
Contoh tulisan jawi menggunakan photoshop

Itulah sedikit perkongsian yang dapat saya kongsikan pada pembaca sekalian . Cukup mudah untuk membuat tulisan jawi di dalam laptop atau komputer . Jadi lepas ini bolehlah siapa yang nak buka thread penuh tulisan arab untuk blog mereka dipersilakan menggunakan cara diatas 😛 haha

#Perhatian#

Sedikit informasi , setiap perkataan yang ditranslate dari rumi ke jawi tidaklah benar 100% mungkin 95% sahaja yang betul jadi sila buat double check . Begitu juga translate daripada jawi ke rumi .

Sebarang kemuskilan bolehlah diajukan di kotak komen , atau mungkin di facebook saya . Insha Allah selagi boleh tolong saya akan tolong  . Ayuh martabatkan tulisan jawi . . .

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge