Cara mohon KUIS kemasukan November 2017

0
28
views

Cara mohon KUIS kemasukan November 2017: Perhatian kepada semua pelajar yang merancang untuk melanjutkan pengajian ke KUIS ( Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ) bagi sesi November 2017 kini permohonan telah dibuka.

Anda boleh membuat permohonan didalam program berikut iaitu Asasi | Diploma | Sarjana Muda | Sarjana | PhD, semua permohonan ini boleh dibuat secara online iaitu melalui e-Admission KUIS. Anda boleh masuk ke dalam laman web rasmi KUIS untuk melihat secara lengkap kursus pengajian yang ditawarkan.

Permohonan ke kuis sesi november 2017

Berikut pula merupakan antara syarat-syarat kemasukan ke kuis. Jadi bagi mereka yang sudah memenuhi syarat-syarat berikut dan betul-betul merancang untuk ke KuIS anda tidak perlu tunggu apa lagi sebabnya permohonan sudah dibuka.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

DIPLOMA

Bagi mereka yang ingin masuk ke KUIS untuk mengambil Diploma anda yang perlukan

  • 3 Kredit di dalam SPM

ASASI

  • 5 Kredit di dalam SPM

IJAZAH SARJANA MUDA

  • Keputusan STAM MAQBUL
  • STPM sekurang-kurangnya 2 Kredit

Makluman : Bagi calon pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) ataupun SIjil Pelajaran Malaysia Vokasional ( SPMV ) yang mendapat paling kurang 5 kredit serta memenuhi syarat kelayakkan yang telah ditetapkan oleh KUIS amat digalakkan untuk memohon program Asasi KUIS.

Ianya merupakan satu program yang menjadi laluan pantas ke program Ijazah Sarjana Muda KUIS kerana tempoh pengajian hanya 3 semester iaitu 1 tahun .

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Untuk membuat permohonan pemohon perlu masuk ke applikasi permohonan di http://onlineapp2.kuis.edu.my:8080/onlineapp/default.jsp

Seterusnya apa yang perlu anda lakukan adalah seperti berikut.

PERMOHONAN

  • Masukkan nombor kad pengenalan dan klik permohonan baru
  • Lengkapkan kesemua maklumat yang diminta dalam borang permohonan online dan klik Hantar
  • Cetak ( print )borang permohonan kemasukkan untuk rujukan

Permohonan anda akan disemak oleh pihak KUIS dan ianya akan mengambil masa sekurang-kurangnya 5 hari waktu bekerja. Semakan status permohonan juga boleh dilakukan secara online selepas tempoh 5 hari.

SEMAKAN PERMOHONAN ATAU PENAWARAN

  • Masukkan nombor Kad Pengenalan dan Klik Semak Status Permohonan anda
  • Kalau permohonan anda berjaya, calon pelajar perlu muat turun ( download ) dan print dokumen dan borang berkaitan pendaftaran.
  • Lengkapkan / penuhi kesemua keperluan yang tersenarai dalam senarai semak Pendaftaran Pelajar baru.

PENDAFTARAN

  • Pastikan semua perkara dalam senarai Semak Pendaftaran Pelajar Baharu disediakan / dilengkapkan dan dibawa diwaktu hari pendaftaran.
  • Hadirkan diri pada Hari Pendaftaran Pelajar Baharu pada tarikh, masa , dan tempat yang telah ditetapkan oleh pihak KUIS ( sila rujuk pada Surat Tawaran )

Kalau anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut anda boleh hubungi pihak kuis melalui beberapa cara dibawah.

Seksyen Permohonan dan Kemasukan Pelajar,
Bahagian Pemasaran dan Komunikasi KUIS,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor,
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA

No. Telefon : 03-8911 7000 / 2240/ 2239/ 1220/ 1205
No. Faks : 03-8926 8462
No. Whatsapp : 019-389 6937
E-mel : admission@kuis.edu.my

Saya ucapkan selamat berjaya kepada semua calon yang ingin membuat permohonan kalau anda tidak berjaya dalam permohonan anda boleh masuk ke dalam Kolej Islam lain seperti Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah  ( Tempat saya sedang melanjutkan pelajaran ) dan sebagainya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge