Cara nak move on selepas berpisah dengan makwe pakwe menurut islam

0
118
views

Cara nak move on selepas berpisah dengan makwe pakwe menurut islam : Kalau anda sedang putus cinta dan tengah cari cara untuk move on. Ini antara pandangan yang dapat saya berikan kepada anda.

Pertama sekali saya cuma nak ingatkan bercinta sebelum nikah itu bukanlah kewajipan seorang muslim bahkan ianya mampu membawa ke arah kemaksiatan. Jadinya jika anda putus dalam percintaan itu adalah suatu yang bermakna untuk diri anda.

tidak bercinta elak maksiat
tidak bercinta elak maksiat

Kenapa saya katakan ianya bermakna? Ini disebabkan oleh anda berjaya melepaskan diri anda daripada lingkungan kemaksiatan dan terus bergelimang dengan dosa.

Jadi kalau hati anda masih resah masih sedih dengan pemergian orang yang tersayang “kononnya”. Berikut antara tips atau cara untuk anda move on.

Untuk move cara islamik ini sangat mudah sekiranya anda yakin dengan sebenar-benar yakin bahwa Allah adalah sebaik-baik perancang. Yakin bahawa Allah pasti akan mengantikan kekasih anda itu dengan seseorang yang lebih baik.

Yakinlah dengan meninggalkan kekasih anda itu adalah suatu keputusan yang terbaik.

Tapi, kalau anda tidak mampu juga untuk move dengan ini cubalah anda beristigfar kerana dengan beristigfar hati kita akan menjadi lebih tenang dan damai. Macam mana caranya? Iaitu dengan beristigfar secara perlahan-lahan. Insha Allah hati korang akan terus menjadi tenang dan tenteram.

Kalau tidak boleh juga cara di atas ambil air wudhuk dan dirikan solat 2 rakaat. Minta dekat Allah supaya lapangkan dada anda untuk menerima perpisahan yang telah terjadi.

Atau korang juga boleh amalkan DOA UMMU SALAMAH KETIKA DIA DITIMPA MUSIBAH. Berikut adalah doa yang diminta oleh Ummu Salamah ketika beliau ditimpa musibah.

INNAA LILLAAHI WA INNAA ILAIHI RAAJI’UUN – ALLAHUMMA’-JURNII FII MUSHIIBATII, WA AKHLIFLLII KHOIRAM MINHAA

Maksudnya : ” Ya Allah, berikanlah pahala kepadaku atas musibah yang telah menimpaku, dan berikanlah aku yang lebih baik daripada musibah ini. ”

Tenangkan pikiran dengan melancong
Tenangkan pikiran dengan melancong – Via Facebook Nur Syakila

Itulah antara cara untuk move on secara islamik. Andai korang tidak boleh juga move on antara tips yang dapat saya berikan ialah cubalah korang pergi travelling untuk menentangkan pikiran korang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge