Cara untuk mendaftar myasnb portal untuk menyemak maklumat simpanan asb

0
632
views

Cara untuk mendaftar myasnb portal untuk menyemak maklumat simpanan asb : Bagi pemegang akaun asb mulai 28 Jun 2017 ini,  ASB tidak lagi menggunakan buku untuk membuat sebarang urusan semakan baki, unit dan sebagainya.

kemudahan urus niaga unit amanah asnb tanpa buku
Sumber : http://www.asnb.com.my

Segala urusan anda akan menggunakan IC/Mykad dan penyata baki kini boleh disemak melalui portal myasnb.com.my. Untuk itu anda bolehlah membuat pendaftaran segera di portal ini secara online.

Jadinya selepas ini anda tidak perlu lagi untuk membawa buku simpanan anda untuk membuat sebarang urusan kerana selepas ini semuanya menggunakan IC anda.

Termasuk juga untuk urusan deposit ke akaun orang lain, seperti contoh ingin menolong memasukkan duit adik-beradik, kawan, ibu bapa, anak dan sebagainya.

Lepas ini kena pastikan ic atau kad pengenalan anda valid boleh diimbas sistem. Kalau ic yang sudah rosak bolehlah beransur-ansur untuk ke pejabat pendaftaran untuk menukar ic baru.

Sekarang saya akan memberi sedikit panduan untuk daftar myasnb portal.

Cara untuk mendaftar myasnb portal untuk menyemak maklumat simpanan asb

Ikuti langkah-langkah berikut.

  1. Sila masuk ke – www.myasnb.com.my
    Untuk mendaftar myasnb ini sama seperti anda mendaftar kad bank online lain seperti Maybank2u. Anda diwajibkan untuk update no telepon anda di bank atau pejabat pos atau pejabat asnb yang berdekatan dengan anda. Kemudian baru lah boleh untuk daftar masuk ke portal myasnb
  2. Sila semak nombor 12 digit no akaun anda di mana-mana cawangan Asnb berdekatan dengan anda.
  3. Selepas anda sudah masuk ke dalam laman sesawang myasnb itu klik pada ” Mari daftar portal Myasnb Sekarang ” dekat petak merah yang telah saya tandakan tu
    Daftar akaun asnb
    Daftar akaun asnb – Sumber : https://www.myasnb.com.my/

     

  4. Sila lengkapkan pendaftaran portal anda itu dengan hanya mengikuti langkah-langkah di bawah
    – Langkah 1- Maklumat Pemegang Unit
    – Langkah 2 – Pengesahan melalui pesanan ringkas/sms
    – Langkah 3 – Hantar maklumat dan butiran peribadi pemegang unit
    – Langkah 4 – Mencipta ID pengguna portal dan kata laluan
  5. Selesai untuk pendaftaran, kata laluan sementara akan dipaparkan. Anda mestilah mencetak atau menyimpan laporan pendaftaran untuk membuat rujukan masa depan .
  6. Pastikan anda semua menyimpan kata laluan sementara tersebut dengan selamat untuk membuat masuk buat kali pertama dan selepas proses pengaktifan
  7. Setelah itu LOGIN UNTUK KALI PERTAMA dengan ID pengguna anda dan gunakan kata laluan sementara tadi.
  8. Sila ikuti arahan yang diberikan untuk membuat tukar kata laluan anda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge