Chicken chop terbaik di kuantan a.k.a di teluk cempedak

0
75
views

Sudah satu minggu juga aku tidak menulis di blog ini, semakin berhabuk pula rasanya blog aku ni. Jadi pada kesempatan ini aku nak share sikitlah tempat makan chicken chop terbaik di kuantan. Actually ini bukanlah artikel paid review ye ^_^.

Nak dijadikan ceritalah kemarin aku dan kawan-kawan keluar petang untuk menyiapkan kad debit siswa atau lebih dikenali dengan KADS1M @ Baucer Buku. Alhamdulillah proses untuk menyiapkan baucer buku tidaklah lama mana kalau nak dibandingkan dengan kawan aku sampai tunggu 3 jam ( sebelum ni ).  Tapi ini bukan cerita yang aku nak share !

Chicken chop terbaik di teluk cempedak
Chicken chop terbaik di teluk cempedak

Yang aku nak share kat mana tempat makan chicken sedap dan murah di daerah kuantan ? Dimana lagi kalau bukan di HUTAN BANDAR BISTRO TELUK CEMPEDAK. Bukan aku je yang cakap tapi rata-rata pelancong yang datang ke teluk cempedak pasti akan memuji kedai ni sebab dia punya Chicken Chop banyak dan sedap harga murah.

Korang boleh dapatkan chicken chop dengan harga RM5 sepinggan. Dalam tu ada 3 Keping Chicken chop kentang putar dan juga jagung. Ini pakej baru di Hutan Bandar Bistro. Dulu kalau rm5 dapat 3 keping chicken chop salad dan juga kentang goreng.

Kalau korang nak makan pakej yang ada salad and kentang goreng korang hanya perlu menambah RM3 iaitu jumlah keseluruhan RM8.

makan chicken chop di hutan bandar bistro
makan chicken chop di hutan bandar bistro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge