Ciri-ciri usahawan dan perbezaan antara usahawan dan peniaga

1
462
views

Usahawan dan peniaga merupakan salah satu sub-topik untuk Bab 1 perdagangan tingkatan 4 . Di bawah merupakan huraian untuk Ciri-ciri usahawan dan perbezaan antara usahawan dan peniaga

ANTARA CIRI-CIRI USAHAWAN
CIRI-CIRI USAHAWAN

 

Siapa itu usahawan ?

Usahawan merupakan seseorang yang menjalankan sesuatu perusahaan atau perniagaan serta sanggup menanggung risiko yang bakal di hadapinya .

Siapa itu peniaga ?

Peniaga pula ialah orang yang menjalankan kegiatan membeli dan menjual barang dan perkhidmatan demi mengapai untung .

Peniaga biasanya akan membeli pada harga yang rendah dan akan menjual pada harga yang tinggi . Matlamat utama peniaga adalah untuk memaksimalkan keuntungan .

Ciri-ciri usahawan

Antara ciri-ciri yang perlu ada pada seorang usahawan ialah kreatif , inovatif , rajin dan tekun , bijak mengenal dan merebut peluang , ada keyakinan diri dan lain-lain . Berikut sedikit 5 huraian untuk ciri-ciri seorang usahawan

Kreatif – Iaitu satu kebolehan untuk hasilkan keluaran atau perkhidmatan baru yang mana tidak wujud di dalam pasaran . Usahawan yang mempunyai ciri ini biasanya mempunyai daya pemikiran yang tajam dan dapat menguasai pasaran sepenuhnya dan menikmati keuntungan yang lumayan .

Inovatif- Iaitu kebolehan dalam mengubahsuai satu keluaran yang sedia ada kepada suatu barangan yang lebih bermutu , canggih atau sebagainya .

Berani menghadapi sebarang risiko – Seterusnya ciri seorang usahawan itu ialah berani dalam menghadapi sebarang risiko . Dan risiko yang diambil perlukan bersifat munasabah dan bukan bersifat atas angin yakni melakukan perjudian atas nasib !

Rajin dan tekun dalam pekerjaan – Seorang usahawan juga hendaklah rajin dan tekun dalam pekerjaan mereka . Selain itu mereka juga tidak mudah berputus asa dalam sebarang kegagalan yang mereka hadapi .

Bijak mengenal dan merebut peluang – Sebagai seorang usahawan seseorang itu hendaklah bijak dalam mengenal dan mengambil peluang yang terdapat di sekeliling !

Dan banyak lain ciri-ciri usahawan yang lain , di atas merupakan sedikit huraian untuk 5 ciri-ciri usahawan .

Di bawah pula merupakan sedikit berbezaan yang terdapat pada seorang usahawan dan peniaga !

Perbezaan di antara usahawan dan peniaga

Usahawan :

Usahawan mementingkan keuntungan tetapi mengutamakan sumbangan jasa dan bakti kepada masyarakat dan negara

Usahawan juga sentiasa berusaha dalam memajukan perniagaan mereka dengan mencipta satu produk baru atau membuat perubahan .

Peniaga :

Peniaga hanya mementingkan keuntungan semata-mata dan tidak mengutamakan sumbangan kepada masyarakat mahupun negara !

Seorang peniaga hanya menjalankan aktiviti jual dan beli tanpa perlu memikirkan sesuatu pembaharuan terhadap sesuatu produk atau ingin mencipta produk !

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge