Contoh dan cara membuat surat rayuan penangguhan dan pengurangan ptptn

1
621
views

Contoh dan cara membuat surat rayuan penangguhan dan pengurangan ptptn : Jika anda merupakan salah seorang peminjam wang pembiayaan pelajaran perbadanan tabung pendidikan tinggi nasional ( ptptn ) dan ingin membuat penangguhan dan pengurangan bayaran balik artikel ini amat sesuai untuk anda.

cara membuat surat pengurangan dan penangguhan ptptn
cara membuat surat pengurangan dan penangguhan ptptn

Apa yang anda perlukan sebelum anda membuat rayuan adalah anda mestilah memastikan anda mempunyai sebab yang munasabah untuk melakukannya.

Dokumen yang diperlukan untuk penangguhan PTPTN

Berikut adalah antara senarai dokumen yang anda perlukan untuk membuat permohonan rayuan penangguhan PTPTN.

  • Sediakan satu surat rayuan, dan
  • Salinan slip gaji terkini ( kalau ada ) atau
  • Salinan penyata KWSP terkini jika ada atau
  • Surat tawaran belajar daripada IPT , atau
  • Surat pengesahan kerja

CONTOH SURAT PENGURANGAN PTPTN

Ini adalah contohnya untuk membuat surat pengurangan bayaran kepada ptptn

Khairulanwar Bin Mohd Dahlan ( Tukar kepada nama anda )
No 1 Jalan Siratul Mustaqim
Taman Indah
271321
Pahang ( ALAMAT ANDA LENGKAP )
Tarikh : 22/12/2012 ( Tarikh anda membuat surat rayuan )Bahagian Perundangan dan Pendakwaan
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Lot G2, Tingkat Bawah,
Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan,
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur

Tuan,

PER: PENANGGUHAN/PENGURANGAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN
NO SURAT TAWARAN: 687123 <- Tengok surat tawaran anda
NO KAD PENGENALAN: 980101132121 <- Ic anda

__________________________________________________________________________

Perkara di atas adalah dirujuk.Saya adalah seorang peminjam PTPTN dan telah menghabiskan pengajian saya pada __________________. Saya sudahpun bekerja dengan pendapatan bulanan sebanyak RM1,500-00 sahaja.

Namun begitu, dengan kos sara hidup yang tinggi dan tanggungan yang ramai, saya tidak mampu untuk membayar balik pinjaman PTPTN dengan kadar RM180-00 sebulan. Saya memohon pihak PTPTN membenarkan saya membayar pada kadar RM120-00 sebulan. Saya berjanji akan membayar semula dalam jumlah yang ditetapkan sekiranya pendapatan saya telah bertambah.

Bersama-sama ini saya sertakan bukti pendapatan (slip gaji), penyata KWSP dan surat pengesahan bekerja untuk rujukan pihak tuan.

Kerjasama dan kelulusan awal dari pihak tuan saya ucapkan ribuan terima kasih.

Yang benar,

………………………………………
(Khairulanwar B Mohd Dahlan)
NO K/P:
NO. TELEFON:

Beginilah cara untuk anda membuat surat pengurangan bayaran balik kepada ptptn. Setiap permohonan yang berjaya adalah atas dasar sebab yang diberikan dengan sokongan bukti yang kukuh.

Semoga memberi manfaat kepada anda semua. Rujukan dan sumber – http://www.aynorablogs.com/2015/10/contoh-surat-rayuan-menangguhkanmengura.html

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge