Koleksi Doa-doa di musim Hujan

0
15
views

Koleksi Doa-doa di musim Hujan : Sekarang nampaknya musim hujan sudah bermula, jadinya saya akan kongsikan doa-doa yang boleh anda amalkan pada musim hujan ini. Semoga ianya bermanfaat untuk anda semua.

Doa-doa ini terdiri daripada beberapa situasi dan keadaan.

KOLEKSI DOA KETIKA MUSIM HUJAN

Berikut merupaka situasi dan doa . . .

DOA MUSIM HUJAN

KETIKA ANGIN KENCANG

Jadinya kalau disaat angin kencang berhembus. Nabi Shallalahu alaihi wa sallam bersabda :

ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺇﻧﻲ ﺃﺳﺄﻟﻚ ﺧﻴﺮﻫﺎ ﻭﺧﻴﺮ ﻣﺎ ﻓﻴﻬﺎ ﻭﺧﻴﺮ ﻣﺎ ﺃﺭﺳﻠﺖ ﺑﻪ ﻭﺃﻋﻮﺫ ﺑﻚ ﻣﻦ ﺷﺮﻫﺎ ﻭﺷﺮ ﻣﺎ ﻓﻴﻬﺎ ﻭﺷﺮ ﻣﺎ ﺃﺭﺳﻠﺖ ﺑﻪ

” Allahumma innii as’aluka khairaha wa khaira maa fiihaa wa khaira maa ursilat bihi.
Wa’udzu bika min syarriha wa syarri maa fiihaa wa syarri maa ursilat bihi”

Yang bermaksud :

” Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada- Mu kebaikan angin ini, dan kebaikan yang terkandung padanya serta kebaikan apa yang dibawanya. Dan aku berlindung kepada-mu dari keburukkan, keburukan yang ada padanya, dan keburukan yang dibawanya. – HR Bukhari 4/76, Muslim 2/616

KETIKA PETIR

Apabila anda mendengar petir anda boleh mengamalkan doa berikut

ﺳﺒﺤﺎﻥ ﺍﻟﺬﻱ ﻳﺴﺒﺢ ﺍﻟﺮﻋﺪ ﺑﺤﻤﺪﻩ ﻭﺍﻟﻤﻼﺋﻜﺔ ﻣﻦ ﺧﻴﻔﺘﻪ

” Subhaanalladzi yusabbihur ra’du bihamdihi wal malaaikatuu min khiifatihi ”

Yang mana ia bermaksud : Maha suci Allah yang petir bertasbih dengan memujinya, begitu juga para malaikat, kerana takut kepadanya – Al- muwaththa ‘ 2/ 992, Al- Albani mengatakan shahih mauquf.

KETIKA HUJAN RENYAI

Apabila Nabi S.a.w melihat hujan turun baginda berdoa dengan mengucapkan

ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺻﻴﺒﺎ ﻧﺎﻓﻌﺎ

” Allahumma shoyyiban nafi’an ”

Yang bermaksud : Ya Allah turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat – Hadis riwayat Bukhari : 1032

KETIKA HUJAN LEBAT

ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺣﻮﺍﻟﻴﻨﺎ ﻭﻟﺎ ﻋﻠﻴﻨﺎ,ﺍﻟﻠﻬﻢ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﺂﻛﺎﻡ ﻭﺍﻟﻈﺮﺍﺏ ﻭﺑﻄﻮﻥ ﺍﻟﺄﻭﺩﻳﺔ ﻭﻣﻨﺎﺑﺖ ﺍﻟﺸﺠﺮ

“Allahumma haawalaina wa laa ’alaina. Allahumma ’alal aakami, wazh dzhiroobi, wa buthunil awdiyati, wa manaabitisy syajari”

Yang bermaksud : Ya Allah, turunkahlah hujan di sekitar kami , bukan untuk merosakkan kami. Ya Allah turunkanlah hujan di dataran tinggi, bukit-bukit, perut lembah dan tempat tumbuhnya tumbuh-tumbuhan – HR bukhari : 1/224, Muslim 2/614.

Amalkan doa-doa berikut.

Selain daripada itu saya teringat pada nasihat ustaz-ustazah saya yang mana mereka mengatakan antara waktu mustajab doa adalah ketika waktu hujan. Jadi jangan sia-siakan waktu hujan untuk meminta kepada Allah taala apa yang anda hajatkan.

Saya juga alhamdulillah mengamalkan perkara ini. Tapi ingat kita berdoa kepada Allah jangan pula ada yang sembah hari hujan sudah. Kang silap ingat hari hujan itu yang memakbulkan doa bukan ye !

Mungkin Allah turunkan rahmat pada hari hujan tersebut dan memandang tinggi doa makhluknya pada waktu tersebut.

Jadi jangan pernah mengeluh kalau selalu hujan, kerana hujan itu rahmat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge