Drama Andainya Takdir 2017

1
373
views

Drama Andainya Takdir 2017 : Tahukah anda sekarang drama andainya takdir  sedang menjadi buah mulut peminat dunia drama? #Hastag untuk drama ini acap kali menjadi trending di twitter.

Bagi roommates aku sendiri menjadi peminat tegar drama ini. Diaorang ni sanggup tunggu sehingga jam 12 tengah malam semata-mata nak download drama ini setelah ditayangan di kaca televisyen.

andainya takdir
andainya takdir

Tapi untuk artikel ini aku akan kongsikan kepada korang infomasi-informasi yang aku dapat di alam maya pasal cerita andainya takdir ini.

Pelakon drama ini dibarisi oleh Syukri Yahya yang memegang watak sebagai Airil dan Nina Iskandar sebagai fatihah. Idea asal drama ini dari Datuk A.Aida dan skripnya dihasilkan oleh Wan Mahani Wan Hassan. – Sumber – Utusan 

Drama ini ditayangkan sepanjang ramadhan setiap hari isnin – khamis pada jam 10 malam.

SINOPSIS ANDAINYA TAKDIR

Mengisahkan ketabahan Fatihah (Nina Iskandar) dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil (Shukri Yahya) yang penuh cabaran. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri yang bernama Aleeya (Puteri Balqis).

Kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil dan setiap perbuatan Fatihah yang dilakukan tanpa kenan Airil, Fatihah pasti akan dipukul sehingga lebam.

Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dengan sikap suaminya yang sebegitu demi Aleeya. Namun, kesengsaraannya tidak tertumpu kepada suaminya sahaja, sikap ibu mertuanya pula tidak menyumbangkan sebarang kebaikan dalam perkahwinannya. Ibu mertua Fatihah, Normah (Sheila Mambo) sentiasa bersikap keras kepala, menghasut, dan berprasangka buruk sentiasa membuat Fatihah sensara.

Normah sememangnya tidak disenangi orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat. Fatihah juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang olehnya. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya sehingga sering membuat tihah terasa terpinggir.

Walaupun airil selalu memarahi tihah tetapi hakikak sebenarnya dia amat mencintai dan menyayangi Fatihah. – Sumber : http://iiumc.com/sinopsis-drama-andainya-takdir/

MENARIK : ANDAINYA TAKDIR

Apa yang menariknya tentang cerita ini adalah kisah di dalam cerita itu sendiri. Kisah yang diambil dalam cerita ini adalah berdasarkan kisah benar mengenai seseorang yang mempunyai penyakit othello syndrome.

Di dalam cerita ini Airil mempunyai penyakit tersebut. Manakala si isterinya Tihah mempunyai penyakit Stockholm Syndrome

APA ITU PENYAKIT OTHELLO SYNDROME ?

Penyakit ini adalah kelainan emosi seseorang yang mana seseorang itu berasa terlalu yakin bahawa pasangannya berlaku curang dan tidak setia dengannya, walaupun tanpa memiliki bukti yang kukuh ( dengan kata lain cemburu buta ).

Penderita penyakit ini akan selalu mengasari pasangannya secara berlebihan dalam keadaan tidak sedar mahupun sebaliknya. Antara sebab wujudnya penyakit Othello syndrome ini adalah disebabkan kekecewaan dalam percintaan yang wujud pada sebelumnya, penderita pernah dikhianati dan termakan dengan hasutan orang sekeliling.

APA ITU PENYAKIT STOCKHOLM SYNDROME ?

Stockholm syndrome merupakan satu respon psikologi dimana seseorang itu sangat setia walaupun disakiti ( dalam bahasa mudahnya ).

Seperti contoh yang diberikan oleh wikipedia indonesia : Di dalam sebuah kes-kes tertentu mangsa penculikan menunjukkan tanda-tanda kesetiaan kepada penculiknya tanpa mempedulikan bahaya atau risiko yang telah dialami oleh mangsa itu.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge