Elaun Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( PISMP ) diberhentikan

0
92
views

Elaun Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( PISMP ) diberhentikan mulai JUN tahun depan. Kementerian Pendidikan dalam kenyataan mereka pada hari ini menegaskan bahawa pihaknya mereka akan tetap menanggung sepenuhnya yuran pengajian bagi program tersebut yang berjumlah RM27,831 sepanjang pengajian ( 4 tahun ).

Untuk pengetahuan juga Pelajar Institusi Pendidikan Guru ( IPG ) sedia ada iaitu bagi mereka ambilan sebelum JUN 2017 akan terus menerima elaun sara diri seperti yang diselaraskan mulai 1 Januari 2017 iaitu pada kadar RM430 sebulan.

Selain itu juga belanja tambang pergi balik pada kadar maksimum RM500 untuk sekali dalam setahun sehingga tamat pengajian juga akan diteruskan.

Elaun PISMP dihentikan Jun 2018
Elaun PISMP dihentikan Jun 2018

Bagi pelajar-pelajar ambilan Jun 2017 tiada elaun akan diberikan kepada mereka mulai JUN 2018 !

Selain itu bagi pelajar PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN ( PPISMP ) ambilan baharu Jun 2017 bayaran elaun sara hidup RM430 sebulan dan belanja tambang balik pada kadar maksimum RM500 sekali setahun akan tetap dibayar sepanjang tempoh program iaitu selama satu tahun.

Dalam pada masa yang sama pihak Kementerian telah mengatakan IPG sudah berbincang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara ( Ptptn ) untuk turut menyenaraikan IPG sebagai salah satu agensi penerima PTPTN bagi membolehkan pelajar IPG yang akan menyambung pengajian ke peringkat PISMP mulai JUN tahun depan menerima kemudahan pinjaman wang sara hidup.

Sumber :https://www.hmetro.com.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge