Era-era sejarah kemunculan fahaman syiah

2
44
views

Era-era sejarah kemunculan fahaman syiah : Umum orang islam di Malaysia mengetahui bahawa syiah merupakan sebuah ajaran yang terpesong daripada ajaran islam yang sebenar. Ada juga yang berpendapat bahawa syiah itu bukan agama islam. Tapi tahukah anda sejarah syiah ?

Sebenarnya tiada masa yang tepat dapat diberikan oleh pengkaji terhadap kemunculan fahaman syiah ini. Kerana tiada langsung kesepakatan terhadap penentuan tarikh mula munculnya gerakan syiah, mahupun dalam menentukan siapakah pengasas atau pencetus gerakan syiah ini.

Era-era sejarah kemunculan fahaman syiah
Era-era sejarah kemunculan fahaman syiah

Akan tetapi, kontroversi yang membabitkan syiah ini terus diperbaharui dari zaman ke zaman dan ia terus berlanjutan kepada era pasca Revolusi Iran yang menjadi suatu lagi batu tanda di sepanjang lebuh perjalanan sejarah syiah.

Jadi timbul lah satu persoalan apakah sebenarnya status hubungan masyarakat dunia dengan syiah? Persoalan ini tidak hanya membabitkan keperluan semasa, malah penting untuk menjadi asas kepada ramalan terhadap masa depan tamadun insan, khususnya di persekitaran Timur Tengah sebagai ” Pusat Dunia “, akan kedudukan nilai fahaman dan akidah mereka yang sekarang ini menghadapi pelbagai cabaran, khususnya cabaran daripada akidah syiah yang didapati merbahaya kepada Ahli Sunnah wal Jamaah.

Justeru itu, wajarlah persoalan ini digarap dengan bekalan sejarah kerana di situlah akan terserlah skrip sebenar kepada realiti pertembungan diantara syiah dan Ahli Sunnah wal Jamaah.

Era-era sejarah kemunculan fahaman syiah

Kalau nak diikutkan banyak sebenarnya era-era sejarah kemunculan fahaman syiah ini, untuk itu saya akan kongsikan Era Abdullah Bin Saba’ Pengasas Perpecahan Ummah. Untuk era yang lain saya akan update secara berperingkatkan.

Era Abdullah Bin Saba Pengasas Perpecahan Ummah

Abdullah bin Saba’ atau lebih kenali dengan panggilan Ibn Sawda ( iaitu budak hitam ) adalah seorang Yahudi dari San’a di Yaman. Dia telah menzahirkan keislamannya pada zaman Sayyidina Uthman bin Affan r.a.

Dia merupakan satu watak yang paling utama memainkan peranan menimbulkan kehuru-haraan di Madinah, Iraq, Syam dan juga Mesir secara khusus. Dakyah yang berlaku di dalam bentuk penyebaran pendapat siasah, bahkan termasuk akidah yang menyimpang, telah mencetuskan fitnah yang membawa kepada pembunuhan Sayyidina Uthman r.a pada 18 Dzulhijjah 35H.

Abdullah bin saba dan Ibnu Sawda
Abdullah bin saba juga dikenali sebagai Ibnu Sawda

Abdullah Bin Saba’ ini telah menyebarkan pelbagai idea yang kontroversi di kalangan umat Islam khususnya yang berkaitan dengan penyelewengan-penyelewengan yang dinisbahkan kepada Sayyidina Uthman bin Affan. Gerakannya telah mencetuskan pemberontakan di empat penjuru tanah air umat Islam.

Dia juga telah mempopularkan idea kelayakan Sayyidina Ali r.a sebagai pengisi jawatan Khalifah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w dengan apa yang diistilahkan sebagai wasiat Rasulullah s.a.w.

Ibn Sawda juga menjadi orang yang pertama yang secara terbuka mencela Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman dan beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w lain yang disenaraikan khas oleh Syiah. Hal ini diakui sendiri oleh ilmuan Syiah seperti Saad bin Abdullah al-Qummi dalam al-Maqalaat wa al-Firaq.

Tidak terhenti setakat itu saja, kepercayaan karut tentang kebangkitan semula imam Syiah, iaitu Hasan al-Askari dan pelbagai fahaman yang kemudiaannya menjadi teras kepada akidah golongan Syiah, telah dipelopori oleh Abdullah bin Saba’.

Inilah puncanya mengapa ramai pihak yang sudah tidak lagi mampu untuk menyembunyikan kecelaan sejarah Abdullah bin Saba’, cuba untuk menanamkan prasangka bahawa dia tidak wujud secara pasti di dalam sejarah.

Idea yang tidak berasas ini didokong oleh sekumpulan Orientalis dan pengkaji Arab serta ramai dari kalangan Syiah semasa, semata-mata “taqiyyah” bagi mengelak mereka dikecam oleh dunia islam.

Hal ini nampaknya mustahil dapat diterima akal kerana kisah Abdullah binSaba’ bukan hanya terdapat di dalam satu atau dua karangan ilmuan Ahli Sunnah wal Jamaah seperti Tarikh al Imam al-Thabari malah ia turut disebut secara meluas di dalam sejumlah besar tulisan ulama pelbagai zaman, sama ada oleh Ahli SUnnah mahu pun Syiah itu sendiri.

Tegasnya, Abdullah bin Saba’ adalah merupakan pelopor dan pengasas kepada timbulnya krisis diantara umat islam umumnya dengan kumpulan Syiah yang berlarutan hingga ke hari ini.

Kerugian yang meimpa umat islam di dalam peperangan Jamal dan Siffin, pembunuhan Ali r.a anakandanya Sayyidina Husai r.a dan pelbagai lagi siri peperangan dalaman yang tercetus semenjak kematian Sayyidina Uthman bin Affan r.a adalah hasil suntikan fitnah yang dimulakan oleh seorang munafik dan penjenayah yang bernama Abdullah bin Saba’.

2 COMMENTS

  1. Siapa ya yang membawa syiah ke Malaysia?

    Risau memikirkan gerakan mereka sudah semakin menular..Takut anak-anak kita terpengaruh dengan ajaran mereka yang sememangnya ‘seronok’ untuk diamalkan..?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge