Kelebihan dan fadhilat doa akhir tahun dan awal tahun

0
25
views

Kelebihan dan fadhilat doa akhir tahun dan awal tahun: Pejam celik pejam celik kita nampaknya sudah di awal tahun baru. Sebelum itu tahukah anda Tahun Baru Hijrah dalam islam akan disambil pada 1 Muharam pada setiap tahun?

Di Malaysia awal muharam pada tahun ini ( 2017 ) di sambut pada ( 22.09.2017 ). Kebiasaannya ramai diantara orang islam di Malaysia ini tidak sedar akan tahun baru ini. Namun bagi yang mengetahui awal muharam ini mereka akan menyambut tahun baru ini dengan memperbanyakkan amalan yang bersesuaian seperti berdoa, berpuasa, mendengar kuliah agama dan macam- macam lagi.

Namun sebelum kita pergi kepada fadhilat doa akhir tahun dan awal tahun lebih baik sekiranya saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru hijrah kepada semua umat islam yang singgah ke dalam blog dan entri saya pada kali ini.

DOA hijrah

KELEBIHAN DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Antara kelebihan yang dapat daripada membaca doa akhir tahun adalah seperti berikut :

Barang siapa yang membaca doa ini daripada waktu yang telah disebut maka berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini maka dibinaskan dengan satu saat juga dengan sebab membaca doa ini maka diampuni Allah sekalian dosanya yang setahun ini

DOA AKHIR TAHUN DAN MAKNA

Contoh doa akhir tahun
Contoh doa akhir tahun

TERJEMAHAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan pada tahun ini dari perkara-perkara yang Engkau larang dan kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredhainya dan kami telah melupakannya sedang Engkau pula tidak melupakannya dan Engkau berlemah lembut kepada kami sedang Engkau berkuasa mengazab kami malah memberi kami peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat kepada-Mu.

Oleh yang demikian kami memohon keampunan-Mu, maka ampunkanlah kami. Dan apa-apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari perkara-perkara yang Engkau redhai dan Engkau telah menjanjikan ganjaran pahala kerananya, maka kami memohon kepada-Mu Ya Allah, Tuhan yang Maha Mulia, yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerimanya (amal bakti) yang telah kami lakukan dan Engkau tidak menghampakan harapan kami, wahai Tuhan yang Maha Mulia.

Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya. Dan segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.

WAKTU MEMBACA DOA AKHIR

Waktu untuk membaca doa Akhir tahun Hijrah adalah beberapa minit sebelum masuk waktu Magrib ( Akhir waktu Asar penghujung tahun Hijrah ). Doa ini hendaklah dibaca sebanyak 3 kali.

KELEBIHAN DOA AWAL TAHUN HIJRAH

Manakala kelebihan doa awal tahun hijrah pula ialah barang siapa membaca doa ini maka bahawasanya syaitan akan berkata telah amanlah anak Adam ini daripada aku barang yang tinggal umurnya pada tahun ini kerana bahawasanya Allah taala telah mewakilkan dua Malaikat memelihara akan dia daripada fitnah syaitan.

DOA AWAL TAHUN HIJRAH DAN TERJEMAHAN

Contoh doa awal tahun
doa awal tahun

TERJEMAHAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Ya Allah! Engkaulah Tuhan yang kekal untuk selama-lamanya sedia ada lagi tiada permulaan. Kelebihan-Mu Maha Agung dan kemurahan-Mu amat melimpah yang sangat-sangat diharapkan.

Tibalah sudah tahun baru ke atas kami, kami mohon kepada-Mu perlindungan pada tahun ini daripada syaitan yang direjam dan konco-konconya serta bala tenteranya, kami juga memohon kepada-Mu pertolongan mengalahkan runtunan nafsu yang mendorong ke arah kejahatan, dan kami memohon kepada-Mu kerja-kerja yang boleh mendampingkan diri kami kepada-Mu, wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya. Dan segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.

WAKTU BACA DOA AWAL HIJRAH

Waktu untuk membacanya adalah selepas menyempurnakan sembahyang fardhu Magrib awal tahun Hijrah. Dan doa ini hendaklah dibaca sebanyak 3 kali ulangan.

Perkongsian menarik ini saya ambil daripada blog Aynoranur…

Anda boleh membaca slide fadhilat doa akhir dan awal hijrah yang disedikan oleh aynora nur. Berikut merupakan slide yang diterbitkan oleh puan Aynora

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge