Faktor kejatuhan Uthmaniyyah disebabkan pengkhianatan syiah

0
24
views

Faktor kejatuhan Uthmaniyyah disebabkan pengkhianatan syiah : Pada perkongsian kali ini saya akan menulis artikel faktor kejatuhan uthmaniyyah disebabkan oleh pengkhianatan syiah yang mana telah mengundang penjajah menakluk dunia islam.

Di ambang kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah, perjuangan Imam Syamil di Daghnistan menentang Rusia turut menghadapi konspirasi golongan Syiah yang selalu menjadi gunting di dalam lipatan.

Mereka ini selalu berpihak kepada kuasa yang dirasakan oleh mereka boleh menang dan menjamin kepentingan Syiah.

Faktor kejatuhan Uthmaniyyah
Faktor kejatuhan Uthmaniyyah

Hal ini menjadi lebih kronik selepas perjanjian Sykes-Picot ditandatangani pada 16 Mei 1916. Tanah air umat Islam yang dirampas dari Khalifah Uthmaniyyah telah difaraidhkan oleh Britain dan Perancis mengikut kehendak mereka.

Peta-peta sempadan negara baru dilukis dengan mengambil kira strategi yang diyakini boleh mengekalkan kelemahan umat Islam.

Bangsa Kurdi sinonim dengan Salahuddin al-Ayyubi berserta rekod bersih mereka terus setia bersama kerajaan Uthmaniyyah, telah ditempatkan sebagai kaum minoriti di semua negara. Sykes-picot telah melukis peta secara bengkang bengkok supaya bangsa Kurdi menjadi kaum minoriti di Turki, Syria, Iraq, Iran dan Armenia.

Ini akan melemahkan mereka dan membolehkan pengaruh mereka dibunuh. Malah sejumlah besar penganut Syiah menjadi penduduk Iraq yang bermazhab Ahli Sunnah wal jamaah dan begitu juga ahli sunnah menjadi warga Iran yang didominasi oleh Syiah.

Semuanya bertujuah untuk melemahkan umat Islam sedunia.

Namun Syiah terus berkembang dengan sikah ” Taqiyhyah” mereka ketika berhadapan dengan pihak yang menjadi sasaran mereka, dan ia turut memainkan peranan yang penting sehingga tercetusnya peperangan Pakistan Barat dan Pakistan Timur pada tahun 1971.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge