Final exam sudah dekat apa persediaan ?

0
75
views

Pejam celik punya pejam celik tanpa sedar sekarang sudah nak habis minggu ke-12. Waw cepat sungguh masa berlalu tanpa disedari diri ini akan menuju ke ambang peperiksaan. Allahu bergetar rasanya hati ini apabila memikirkan persiapan yang masih lagi tidak mantap.

2 minggu saja lagi aku ada masa untuk buat persiapan menghadapi kertas-kertas peperiksaan yang bakal meletihkan tangan ini yang akan membuatkan mata ini tidak cukup tido yang akan terus membuatkan otak aku ini berjalan mencari idea dalam mengoreng jawapan haha.

Tapi… Sebelum tu aku terpikir sebenarnya selama aku belajar 12 minggu apa ilmu aku dapat. Hmmm

Sem ni bagi aku sem paling menakutkan sebabnya banyak subjek memerlukan kepada hafalan. Ayat pulak boleh tahan panjang. Sem ini jugak ada lecturer yang sumpah aku tak dapat nak tangkap apa sebenarnya dia ajar kat depan walaupun da cuba bagi tumpuan 99.9%.

Haizz….

So berbalik kepada tajuk kita apa persediaan yang akan aku lakukan sem ni.

Huh cakap saja pasal persediaan ni bergantung kepada diri kita sendiri nak buat ataupun tidak sebenarnya.

Kalau macam aku aku da buat perancangan untuk menghadapi final exam sem ini seperti berikut .

BUAT NOTA

Sebenarnya sem lepas antara sem yang betul-betul aku focus pada nota yang aku buat dan alhamdulillah keputusan Positive so aku rasa sem ni patut aku teruskan. Jadi untuk sem ini aku kena buat nota awal seminggu dari final exam. And now pun aku sudah start sikit-sikit buat nota untuk setiap subjek walaupun skop soalan langsung tak dapat.

SEMBAHYANG HAJAT

Fuhh yang ni berat jugak nak buat tapi kadang-kadang tu aku buat la jugak iaitu solat hajat selepas setiap solat fardu. Insha Allah dalam kita berusaha kita kenalah berdoa kepada Allah supaya kita dipermudahkan. Jangan sombong untuk meminta kepada sang pencipta

START MENGHAFAL 

Haa macam aku cakap sebelum tu, sem ni aku banyak subjek menghafal jadi aku kena gunakan ruang-ruang emas setiap malam untuk menghafal sekurang-kurangnya satu baris ayat untuk diguna pakai masa periksa nanti dan insha Allah untuk diri ini sampai bila-bila..

Ok aku rasa cukup ini sahaja untuk penulisan kali ini aku rasa malas pulak tulis banyak-banyak. Saja aku nak update sikit blog sebab lama sangat tak update.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge