Fitnah atau al-namimah dalam islam

0
36
views

Fitnah atau al-namimah dalam islam : Pada perkongsian kali ini insha Allah saya akan menulis berkaitan dengan al-namimah. Al-namimah merupakan satu perkataan arab yang membawa makna fitnah. Fitnah merupakan satu perbuatan yang sangat berat dan amat ditengah oleh Allah s.w.t. Jadi pada artikel ini saya kongsikan fitnah daripada perspektif islam.

Baca : Fitnah dalam undang-undang sivil ( Tort )

Definisi fitnah menurut islam

Berikut merupakan definisi fitnah menurut ulama dan juga hukum fitnah menurut ijma ulama.

Imam al-Ghazali mengatakan fitnah ialah satu perbuatan orang yang menceritakan percakapan orang lain kepada orang yang diceritakan mengenainya.

Al-Baghawi Rahimahullah pula mengatakan fitnah adalah mengutip suatu perkataan dengan tujuan untuk mengadu domba antara seseorang dengan si pembicara.

Hukum fitnah menurut ijma ulama adalah haram.

Fitnah atau al-namimah dalam islam
Fitnah

Antara dalil-dalil fitnah

Surah Qalam : 10-11

Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela, yang kian ke mari menghambur fitnah

Hadis yang diriwayatkan oleh Hudzaifah r.a : Rasulullah bersabda ” Tidak masuk syurga bagi al-Qattat ( iaitu tukang adu domba ) – Hadis Riwayat Al-Bukhari

Ibu Katsir menjelaskan “al-Qattat adalah orang yang menguping ( mencuri dengan perbualan ) tanpa pengetahuan mereka, lalu membawa perkhabaran yang didengar tersebut kepada orang lain dengan tujuan mengadu domba.

Perbezaan diantara al-Namimah dan al-Ghibah

Al-Ghibah ialah mengatakan keaiban yang benar tentang individu kepada orang lain. Menyebut sesuatu perkara yang tidak baik tentang kekurangan, kecacatan atau keburukan terhadap seseorang yang boleh menyebabkannya tersinggung.

Jadinya disini kalau kita al-ghibah adalah perbuatan menceritakan aib orang kepada orang lain. Manakala fitnah adalah mereka-reka satu cerita untuk menjatuhkan seseorang atau sebagainya.

Tahukah anda hukum memfitnah atau menuduh seorang perempuan melakukan zina? 

Sekiranya memfitnah atau menuduh perempuan melakukan zina tanpa ada empat orang saksi lelaki yang adil dikenakan 80kali sebatan. Walaupun diketahui bahawa perempuan tersebut adalah seorang pelacur.

Sebab itu dalam sesebuah serbuan oleh pejabat agama mereka tidak boleh mensabitkan pasangan yang ditangkap dengan zina sebab tiada saksi. Apa yang boleh dilakukan oleh majlis agama adalah mensabitkan pasangan tanpa ikatan dengan kes khalwat sahaja. ” Sekadar Info tambahan ”

Perkara yang harus dilakukan kepada orang yang suka memfitnah 

Imam An-Nawawi berkata ” Dan setiap orang yang disampaikan kepadanya perkataan namimah, dikatakan kepadanya : ” Fulan telah berkata tentangmu begini begini. Atau melakukan ini dan ini terhadapmu ” maka hendaklah ia melakukan enam perkara berikut ;

  1. Tidak membenarkan perkataannya. Ini disebabkan tukang namimah adalah orang fasik
  2. Mencegahnya dari perbuatan tersebut, dengan cara menasihati dan mencela perbuatannya
  3. Membencinya kerana Allah, kerana ia adalah orang yang dibenci di sisi Allah. Maka wajib membenci orang yang dibenci oleh Allah
  4. Tidak berprasangka buruk kepada saudaranya yang dicela atau difitnah oleh si pemfitnah
  5. Tidak mencari-cari aib saudaranya disebabkan terdengar kata-kata si pemfitnah tadi
  6. Tidak membiarkan dirinya ikut melakukan namimah tersebut, sedangkan dirinya mengatakan, ” Fulan telah menyampaikan padaku begini dan begini “. Dengan begitu ia telah menjadi tukang namimah kerana ia telah melakukan perkara yang dilarang tersebut.

Bukan termasuk namimah 

Adakah semua bentuk berita tentang perkataan atau perbuatan orang dikatakan namimah? Jawapannya, TIDAK. Tidak termasuk namimah seseorang yang mengkhabari orang lain tentang apa yang dikatakan tentang dirinya apabila ada unsur maslahat di dalamnya.

Hukumnya sunat atau bahkan wajib bergantung kepada situasi. Contohnya melaporkan pada pemerintah tentang orang yang hendak membuat kerosakan, orang yang hendak berbuat aniaya terhadap orang lain dan sebagainya.

Imam Nawawi r.a berkata ” Jika ada kepentingan menyampaikan namimah, maka tidak ada halangan menyampaikannya. Contoh jika ia menyampaikan kepada seseorang bahawa ada orang yang ingin mencelakakannya, atau keluarga atau hartanya.

Imam Asy-Syafi’i r.a berkata ”  Seseorang selayaknya memikirkan apa yang hendak diucapkannya. Dan hendaklah dia membayangkan akibatnya. Jika tampak baginya bahawa ucapannya akan benar-benar mendatangkan kebaikan tanpa menimbulkan unsur kerosakkan serta tidak menjerumuskan ke dalam larangan, maka dia boleh mengucapkannya. Jika sebaliknya, maka lebih baik dia diam

Elemen-elemen fitnah 

  • Niat
  • Wujud kata-kata fitnah
  • Kata-kata merujuk kepada orang yang difitnah
  • Wujud penyebaran

Itulah serba sedikit berkaitan dengan fitnah menurut agama islam. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda semua. Artikel ini hasil daripada rewrite undang-undang tort perbandingan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge