Fitnah dalam undang-undang tort di malaysia

0
64
views

Fitnah dalam undang-undang tort di malaysia : Pada kali ini saya akan menulis berkaitan dengan fitnah dalam undang-undang tort di malaysia. Jika sebelum ini saya sudah menulis sedikit berkaitan dengan Pengenalan Undang-undang tort, bagi anda yang belum membacanya anda boleh baca di mengenali apa itu undang-undang tort

Artikel ini adalah hasil daripada rewrite nota undang-undang tort perbandingan.

Definisi Fitnah

Berikut merupakan beberapa definisi fitnah :

Winfield & Jolowicz mengatakan fitnah adalah penyiaran suatu penyataan yang mencela reputasi dan berkecenderungan merendahkan maruahnya pada pandangan-pandangan ahli masyarakat yang waras pada amnya atau yang berkecenderungan mengakibatkan mereka menjauhkan diri daripadanya atau mengelakkan beliau.

Mohd Safar Hasim pula mengatakan bahawa fitnah adalah penerbitan sesuatu kenyataan yang mencerminkan reputasi seseorang dan berkecenderungan untuk merendahkan seseorang pada pandangan anggota masyarakat yang berfikiran waras pada amnya atau membuat mereka mengasingkan atau mengelakkan diri daripada orang itu.

Salmond & Heuston pula mendefinisikan fitnah itu sebagai penyiaran suatu penyataan palsu atau tidak benar tentang seseorang tanpa sebarang justifikasi menurut undang-undang.

Jenis – Jenis Fitnah

Ada 2 jenis fitnah iaitu

  1. Fitnah Jenis Libel
    Iaitu fitnah yang bentuknya kekal. Fitnah bentuk ini biasanya boleh dilihat oleh pancaindera contoh dalam bentuk penulisan, gambar, patung atau arca.
    Fitnah bentuk ini tidak perlu kepada plaintif membuktikan apa-apa kerosakkan.
  2. Fitnah Jenis Slander
    Fitnah dalam bentuk tidak kekal seperti percakapan dan juga pergerakkan badan.
    Plaintif hendaklah membuktikan actual atau special damage dalam tuntutannya.
    Actual damage merujuk kepada financial loss atau apa-apa kehilangan yang boleh diukur dalam bentuk wang.

Pengecualian dalam buktikan Actual Damage terhadap kes Slander 

Dalam keadaan berikut, slander adalah actionable per se

Slander terhadap perempuan : Seksyen 4, Akta Fitnah ” Words spoken and published which impute unchastity or adultery to any woman or girl shall not require special damage to render them actionable.

Slander terhadap professionaliti seseorang atau reputasi di dalam perniagaan : Seksyen 5 Akta Fitnah “in an action for slander in respect of words calculated to disparage the plaintiff in any office, profession, calling, trade or business held or carried on by him at the time of the publication, it shall not be necessary to allege or prove special damage whether or not the words are spoken of the plaintiff in the way of his office, profession, calling, trade or business.

Slander terhadap tittle ( pangkat ) : Seksyen 6 Akta Fitnah ( 1 ) In any action for slander of title, slander of goods or other malicious falsehood it shall not be necessary to allege or prove special damage
(a) If the words upon which the action is founded are calculated to cause pecuniary damage to the plaintiff and are published in writing or other permanent form or
(b) If the said words are calculated to cause pecuniary damage to the plaintiff in respect of any office, profession, calling, trade or business held or carried on by him at the time of the publication.

Elemen-elemen fitnah dalam tort

Untuk mensabitkan seseorang defendan itu terhadap kesalahan fitnah, plaintif mestilah membuktikan wujudnya elemen-elemen fitnah iaitu

1. Kata-kata bercorak fitnah 

Mestilah wujud kata-kata fitnah terhadap plaintif. Yang dimaksudkan kata-kata adalah mengikut seksyen 2 akta fitnah mendefinisikan masukd ” Kata-kata ” sebagai words includes pictures, visual images, gestures and other methods of signifying meaning.

2. Kata-kata mesti merujuk kepada orang yang difitnah ( plaintif )

Plaintif mesti membuktikan bahawa kata-kata yang dikeluarkan oleh Defendan merujuk kepadanya. Bukan kepada orang lain. Jika kata-kata fitnah itu tidak merujuk kepadanya, plaintiff tidak mempunyai locus standi ( iaitu hak untuk membawa kes tersebut ke mahkamah ) terhadap defendan.

3. Kata-kata mesti disiarkan 

Plaintif mestilah membuktikan bahawa kata-kata fitnah tersebut telah disiarkan/disebarkan. Ini bermaksud wujudnya orang ketiga yakni orang mendengar/membaca kata-kata fitnah tersebut.

Itulah serba sedikit berkaitan dengan Fitnah dalam undang-undang tort di malaysia. Sumber daripada ( Nota : Undang-undang tort perbandingan ASU 2172 / ASL 2142 )

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge