Hari yang diharamkan puasa dan puasa makruh

8
31
views

Puasa yang makruh ialah apabila seseorang itu meninggalkannya akan diberi ganjaran pahala di sisi Allah s.w.t dan apabila dilakukan tidak mendatangkan dosa mahupun pahala . Makruh juga boleh ditafsirkan kepada perkara yang tidak disukai oleh Allah s.w.t  !

Puasa yang dikhususkan pada hari Jumaat Sahaja

Tidak di galakkan seseorang untuk hanya mengkhususkan puasa pada hari jumaat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim bahawa Nabi s.a.w bersabda :

Janganlah seseorang di antara kamu berpuasa pada hari jumaat melainkan dia hendaklah berpuasa sehari sebelum itu ataupun sehari selepasnya !

Makruh mengkhususkan puasa pada hari Sabtu

Ini berdasarkan hadis : Janganlah kamu berpuasa pada hari sabtu melainkan apa yang telah difardhukan Allah kepada kamu

Berkata para ulama’ “ Dimakruhkan mengkhususkan puasa pada hari ahad kerana orang Yahudi mengagungkan hari sabtu dan orang nasrani pula mengagungkan hari ahad “ .

Tetapi tidak pula makruh untuk berpuasa pada hari sabtu dan ahad secara serentak .

Puasa yang diharamkan

Berikut pula ialah puasa yang diharamkan oleh Allah s.w.t kepada hamba-hambanya ! Jadi janganlah berpuasa pada hari-hari berikut kerana ia nya akan mendatangkan dosa semata-mata .

Haram berpuasa pada dua hari raya

Diharamkan kepada umat islam untuk berpuasa pada 2 hari raya iaitu hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha . Berdasarkan hadis berikut

“ Sesungguhnya Rasulullah telah melarang berpuasa pada dua hari iaitu hari raya Aidil Adha dan Aidil Fitri – Diriwayatkan oleh Muslim 1138 daripada Hurairah  “

Haram berpuasa pada 3 hari Tasyriq

Iaitu 3 hari selepas hari raya Aidil Adha ( Hari raya korban ) . Berdasarkan dalil atau hadis yang di riwayatkan oleh Muslim ( 1142 ) daripada Ka’ab bin Malik r.a . Serta daripada Abu Daud (2418) yang diriwayatkan daripada Amru bin al-‘Ash

Haram puasa pada hari syak iaitu hari ke 30 bulan Sya’ban

Disebabkan oleh manusia akan merasa ragu-ragu apakah sudah termasuk bulan sya’ban ataupun ramadhan , disebabkan tidak sabit rukyah hilal pada ketika itu . Oleh itu tidak diharuskan berpuasa pada hari tersebut bahkan ia dianggap sebagai baki hari bulan sya’ban

…. haram berpuasa pada separuh kedua bulan sya’ban

Dalilnya ialah hadis yang telah diriwayatkan Abu Daud ( 2337 ) dan at-Tirmizi ( 738 ) – Apabila berlalu separuh sya’ban maka jangalah kamu berpuasa .

Namun ! berpuasa pada hari syak dan puasa pada separuh kedua sya’ban tidak diharamkan apabila pada hari syak bertepatan dengan hari kebiasaan berpuasa , ataupun dia telah berpuasa pada separuh yang pertama dan disambung dengan separuh kedua bulan sya’ban

Ini berdasarkan hadis berikut – Janganlah kamu mendahulukan ramadhan dengan berpuasa satu atau dua hari sebelumnya melainkan mereka yang biasa berpuasa , maka dia boleh berpuasa pada hari tersebut

Itulah serba sedikit perkongsian untuk Hari yang diharamkan puasa dan puasa makruh berdasarkan Kitab Fikrah Mazhab Syafie ( jilid 2)

Sumber : Kitab Fikah Mazhab Syafie ( Jilid 2 )
Disunting / Di olah : Khairul anwar @ Khairulcushion

8 COMMENTS

    • Sama-sama semoga kita dapat elakkan dari berpuasa pada hari-hari yang diharamkan berpuasa atau dimakruhkan ! 🙂

    • Sudah pasti tidak! Kerana itu puasa wajib dan ianya wajib di lakukan satu bulan kerana kewajipan itu datang dari Allah s.w.t

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge