Hukum berkahwin dengan adik beradik tiri ?

0
389
views

Hukum berkahwin dengan adik beradik tiri ? : Baru-baru ini saya ada layan drama Hero seorang cinderella. Jadinya tengah-tengah layan muncul persoalan tentang hukum berkahwin adik beradik tiri daripada seorang sahabat saya.

Apa lagi cuba nak menjawab tapi lupa ! Jadinya saya mengambil keputusan untuk berdiam diri dan cakap kat sahabat tadi yang saya sudah lupa bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. Jadinya ada pula seorang sahabat lain menjawab persoalan tadi.

[ Baca Juga ] – Drama Hero Seorang cinderella

Apa lagi sebagai seseorang yang ingin tahu saya pun memberikan sepenuh perhatian atas setiap jawapan yang diberikan tadi. Ok baiklah kita kalau nak belajar bukan sekadar dengar dan terima bulat-bulat kita kena lah buat sedikit research dalam kitab dan sebagainya.

Aku setuju dengan jawaban sahabat aku tadi. Iaitu BOLEH BERKAHWIN DENGAN ADIK BERADIK TIRI jika berdasarkan situasi dalam drama tersebut iaitu jika adik beradik tiri tadi lain ayah dan lain mak.

hukum perkahwinan adik beradik tiri
hukum perkahwinan adik beradik tir

So untuk itu aku tulis artikel ini untuk melengkapkan lagi jawapan sahabat aku tadi. Dan berdasarkan situasi berbeza.

HUKUM BERKAHWIN DENGAN ADIK BERADIK TIRI

Apa yang perlu anda ketahui sebelum mengetahui hukum adalah situasi dan hubung kait keluarga tersebut dahulu. Hubung kait seseorang itu dengan seseorang menentukan hukum selepas itu sebenarnya. 3 situasi dalam keluarga tiri

  • Adik beradik tiri lain mak lain ayah
  • Adik beradik tiri lain mak sama ayah
  • Adik beradik tiri lain ayah sama mak

ADIK BERADIK TIRI LAIN AYAH LAIN MAK : Contohnya Ahmad mempunyai seorang ayah bernama Halim. Dan Farah mempunyai ibu bernama Aminah. Ayah Ahmad iaitu halim berkahwin dengan Ibu si Farah.

Maka disitu dikatakan adik beradik tiri lain mak lain ayah. Jadinya hukum perkahwinan yang dapat dibawa keluar adalah seperti berikut.

  • Farah dan Ahmad boleh berkahwin disebabkan tiada hubungan darah. Jadinya perkahwinan kalau dilangsungkan adalah sah.

Dan selepas Halim dan Aminah berkahwin mereka ada melakukan istimta’ ( persetubuhan ) maka hukum perkahwinan seterusnya adalah seperti berikut.

  • Ahmad haram berkahwin dengan Aminah ( ibu si farah )
  • Begitu juga dengan Farah haram untuk berkahwin dengan Halim

ADIK BERADIK TIRI SAMA AYAH LAIN MAK : Kalau situasi ini pula berbeza dengan situasi diatas. Contoh yang dapat saya bawakan disini adalah seperti berikut.

Sarah seorang dara, manakala Syafiq seseorang yang  telah berkahwin dan mempunyai anak lelaki namanya Fikri ( tidak kira duda atau masih suami orang ). Mereka berkahwin dan Sarah dapat seorang seorang anak perempuan anak tersebut telah dinamakan dengan nama Sari Yanti. Jadi persoalan hukum perkahwinan dan aurat disini.

  • Hukum perkahwinan disini adalah Fikri Haram selama-lamanya berkahwin dengan Sari Yanti kerana mempunyai hubungan darah
  • Dan aurat bagi kedua-dua seperti adik dan abang kandung

Sama juga seperti adik beradik tiri sama mak lain ayah. Hukumnya tetap sama. Lain pula dalam bab faraid atau pembahagian harga selepas kematian ( mungkin nanti saya akan cerita panjang lebar ).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge