Hukum bersuci menurut islam

2
67
views

Hukum bersuci menurut islam : Bila bercakap tentang bersuci ia merupakan satu perkara yang cukup berat di dalam islam. Ini disebabkan Islam merupakan sebuah agama yang menitik beratkan tentang kebersihan dan kesucian diri umatnya.

Tidak guna anda sembahyang 5 waktu sehari semalam dalam keadaan anda tidak suci. Oleh itu ilmu ini wajib dipelajari oleh semua umat islam. Sebab itu ada kata-kata yang mengatakan kebersihan itu sebahagian iman.

sahaja aku berwudhuk kerana allah taala
bersuci menurut islam

Maksud sebahagian iman itu disitu bukanlah merujuk kepada separuh daripada iman tetapi hanyalah cabang-cabang keimanan.

MAKSUD BERSUCI MENURUT BAHASA DAN SYARAK

Bersuci daripada segi bahasa ialah bersih dan terhindar daripada segala jenis kekotoran sama ada dalam bentuk yang boleh dirasa seperti najis ataupun seperti perkara yang mengaibkan atau sifat-sifat keji.

Manakala menurut syarak pula bersuci ialah perbuatan yang apabila dilakukan akan mengharuskan sembahyang atau solat didirikan atau perkara yang berkaitan dengan hukum sembahyang, seperti berwudhuk kepada sesiapa yang tidak berada dalam keadaan berwudhuk, mandi kepada sesiapa yang diwajibkan mandi dan menghilangkan najis daripada pakaian, badan dan tempat.

DALIL-DALIL BERSUCI

Pertama berkaitan dengan wudhuk, ada banyak dalil berkaitan dengan perintah berwudhuk setiap hari untuk mendirikan sembahyang, antaranya firman Allah taala yang boleh anda rujuk di dalam surah al-maidah ayat 6

WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, SEKIRANYA KAMU INGIN MENDIRIKAN SEMBAHYANG, MAKA BASUHLAH MUKA-MUKA KAMU DAN TANGAN-TANGAN KAMU HINGGA KE SIKU, DAN SAPULAH KEPALA KAMU DAN KAKI-KAKI KAMU HINGGA KE DUA BUKU LALI

Selain itu dorongan daripada Allah supaya kita mandi pada keadaan tertentu sepertimana firmannya dalam surah al-Maaidah ayat 6 – > Jika kamu dalam keadaan berjunub maka bersucilah.

bersih itu cabang iman
bersih itu cabang iman

Seterusnya antara perintah yang ada supaya umat islam ini bersuci ialah perintah untuk memotong kuku, membersihkan gigi dan pakaian. Ini dapat anda rujuk melalui hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari ( 5550 ) dan Muslim ( 257 ).

Lima perkara daripada fitrah: Berkhatan ( bersunat ), mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.

Riwayat Al-Bukhari ( 847 ) dan Muslim ( 252 ) meriwayatkan sabda baginda Rasulullah

Sekiranya tidak membebankan ke atas umatku, nescaya aku akan perintahkan mereka supaya bersugi setiap kali sembahyang.

Dan banyak lagilah dalil-dalil berkaitan dengan bersuci dan menjaga kebersihan ini menurut islam. Jika kita belajar betul-betul dan cuba kita pikirkan benarlah yang islam ini merupakan sebuah agama yang begitu lengkap.

Setiap perkara ada panduannya dalam islam. Oleh itu andai anda bukan orang islam saya secara peribadi ingin mengajak anda untuk mengkaji islam melalui al-quran dan sunnah bukannya daripada penganutnya.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge